Terkini | New

Pembukaan Perdana As Hijab di NU Sentral Kuala Lumpur

Pembukaan Perdana As Hijab di NU Sentral Kuala Lumpur Yang Meriah

Pelbagai aktiviti menarik dan promosi hebat menanti semua sehingga 80% diskaun.


Pembukaan Butik As Hijab di Nu Sentral terbaru pasti membuatkan peminat tudung As Hijab pasti teruja. Pembukaan Perdana As Hijab di NU Sentral Kuala Lumpur cukup meriah pada hari pembukaan pada 26 November 2022 di Level 3 NU Sentral Kuala Lumpur bermula pada 12 tengah hari sehingga 2 petang dengan dihadiri pengasas As Hijab sendiri iaitu Dato' Aliff Syukri bersama isteri Datin Shahida.



Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya adalah persembahan dari artis cilik, Fashion Show koleksi tudung As hijab dan juga cabutan bertuah. Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang tersedia untuk para pengunjung yang bertuah. 



Tidak terlepas juga As Hijab juga membuat Jualan Hebat sehingga 80% potongan harga dengan pembelian serendah RM10 serta hadiah percuma untuk 50 pengunjung terawal.



Pelbagai design fesyen Muslimah yang ekslusif terdapat di As Hijab seperti, Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan juga Bawal Swarovski. Model-model turut bersama-sama menggayakan tudung-tudung terbaru.



Semua design direka khas dan mesra pengguna untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan Muslimah. Mengekalkan ketelitian dalam setiap corak yang diperkenalkan dan kebanyakkan tudung yang berkualiti dan warna yang menarik dari Turkey pasti menjadi pilihan para muslimah di luar sana.







Kepada peminat tudung As Hijab anda dijemput untuk ke berkunjung ke lokasi terbaru di NU Sentral Kuala Lumpur untuk mendapatkan koleksi terbaru dan promosi menarik sempena pembukaan As Hijab kualiti kayangan pada harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media mereka di :
Instagram : As.hijaboffial
Facebook : As Hijab Official
Website : www.aslegacygroup.my

Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)