Terkini | New

Program Santai Pelancongan Seni Langkawi dan Malam Amal Artis Veteran PKAVM Di Kota Mahsuri, Langkawi Kedah.

Program Santai Pelancongan Seni Langkawi dan Malam Amal Artis Veteran PKAVM Di Kota Mahsuri, Langkawi Kedah.


Program Santai Pelancongan Seni Langkawi akan diadakan bermula pada 25 hingga 27 November 2022 melibatkan pelbagai tempat pelancongan di seluruh Langkawi Kedah. Program ini melibatkan ramai artis Veteran Malaysia ternama seperti Dato Jeffrydeen, Kartina Aziz, Mubarak Majid, Dato Siti Fairus, dan ramai lagi artis-artis ternama yang bersama-sama dalam Program ini.



Objektif program pelancongan seni ini diadakan untuk menikmati keindahan pulau pelancong di tempat menarik seperti pulau pulau, cable car, Laman Padi, Pantai Chenang dan menikmati makanan utara yg lazat lazat.



Selain dari itu, Artis Veteran ini akan berkesempatan untuk bersama masyarakat kampong & anak perihatin Wakaf Ilmu di Kg Padang Puteh, Kedawang mengadakan aktiviti bengkel seni lakon, muzik dan tari/silat. Bertujuan memberi pendidikan awal seni bagi mendorong minat dalam seni. Selain dari itu mendapatkan cenderamata dan membeli belah di bandar Kuah dan lain tempat membeli minyak gamat.



Majlis Malam Amal Artis Veteran 2022 yang melibatkan ramai Artis ternama yang akan diadakan pada 26.11.2022. Pastinya Program ini akan memberi impak pelancongan kepada Langkawi. Sumbnagan masuk hanya RM50. 00 seorang dikenakan untuk tujuan mendapat dana Tabong Persatuan bagi tujuan membantu Artis Veteran dan Pengiat Seni yang sakit dan memerlukan.


Selain itu, hasil dari perlaksanaan program ini di mana Pemain Industri Pelancong di Langkawi dapat menyemarakkan lagi tempat-tempat pelancongan Langkawi dibawah pengusaha syarikat/agensi mereka kepada pengunjung.




Pengusaha dan agen pelancongan Langkawi mendapat pendapatan melalui jualan pakej pelancong untuk pelanggan luar dari langkawi. Artis dan Artis Veteran mempuyai pengikut yang ramai dapat memviralkan dan Mempromosikan keindahan tempat yg menarik, penginapan, makanan dan menarik pelancong luar datang melancong ke Langkawi.


Ia juga Dapat menyemarakkan lagi Penggunaan Panggong Seni, Kota Mahsuri sebagai tempat persembahan berprestij tinggi untuk kegunaan Awam dan Antarabangsa. Peniaga/pengusaha pengangkutan /Hotel/Chalet/homestay dapat menikmati keuntungan apabila ramai pengunjung termasuk Artis Veteran menggunakan kemudahan ini.



Program Pelancongan Seni ini membawa Artis Veteran dan ahli Persatuan mencintai Alam dan fauna melalui program Pelancongan dan kesenian yg akan diadakan untuk Masyarakat dan komuniti Langkawi.Pulau bebas cukai Langkawi akan lebih menyerlah dengan kehadiran ramai Artis dan Artis Veteran.


Selain itu, ia dapat Mengeratkan hubungan antara agensi dan jabatan kerajaan bersama masyarakat bila Artis Veteran mengadakan ziarah kasih anak Prihatin bersama Artis Veteran menyelami pengalaman dan pembelajaran seni untuk mereka.

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi
• Encik Tukiman bin Radion (Presiden) : 019-221 9755
• Encik Amran Nasruddin (Timbalan Presiden) : 019-305 6928
• Puan Junida Hani (Setiausaha Kerja) : 019-4349755