Terkini | New

Reka Bentuk Estetik, Ringan Dan Mudah Bersama Skrin Boleh Lipat Samsung Galaxy Z Flip4

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar peranti dengan skrin boleh-lipat generasi baharu Samsung Galaxy Z Flip4 yang turut dilancarkan bersama Galaxy Fold4. Pengguna dapat menikmati beberapa tambahan menarik bersama skrin boleh-lipat dengan saiz kompak terus ke poket dan sesuai untuk beg kecil.


Samsung Electronics Co. Ltd. kini memperkenalkan skrin boleh-lipat Galaxy Z Flip4 yang reka bentuk estetik, ringan dan mudah skrin boleh-lipat Galaxy Z Flip4. Samsung Galaxy Z Flip4 kali ini menampilkan paparan Dynamic Dynamic AMOLED 2X dengan teknologi Infinity Flex bersaiz 6.7-inci. Resolusi skrin pula FHD+ 2640 x 1080 yang menyokong kadar segar semula adaptif 1Hz-120Hz Skrin di luar pula adalah 1.9-inci Super AMOLED Display dengan resolusi 260 x 512 manakala skrin sentuh bertindak balas dengan lebih pantas dan lancar.

 

Samsung Galaxy Z Flip4 bersama cip pemprosesan Android paling berkuasa di pasaran iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dengan memori 8GB RAM dengan sokongan memori tambahan RAM Plus sehingga 8GB RAM. Storan dalaman peranti adalah 128GB, 256GB dan 512GB. Bateri dengan kapasiti 3700mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W Super Fast Charging.



Samsung Galaxy Z Flip4 lensa utama 2 kamera iaitu 12+12 Megapixel F1.8 dan F 2.2. Dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 Samsung menjanjikan kualiti lebih baik iaitu boleh mengeluarkan hasil yang 65% lebih terang. Kamera swafoto pula adalah 10 Megapixel F 2.4.



Ciri yang paling saya gemari ialah mod flex peranti di mana kita boleh membengkokkan peranti pada pelbagai sudut membuat panggilan video dan mengambil gambar dengan mudah. Sesuatu yang unik untuk masa kini dan memudahkan kerja tanpa menggunakan tripod. 




Penggunaan mod macro memang menghasikan gambar yang menarik dan lebih teliti. Dengan lensa 12 megapixel F1.8 dan F 2.2 anda akan mendapat bokeh yang menarik dan cukup terang.



Penggunaan lensa kamera mod ultra wide yang mampu mengambil gambar yang cukup luas dan menarik dan penggunaan ratio 9:22 berbanding biasa iaitu 9:16 dengan size 4000x1638 yang lebih lebar pada skrin.




Kamera lensa Z Flip4 yang dinaik taraf dan brighter sensor yang menghidupkan setiap pemandangan dalam warna yang terang dan cerah walau pun ketika waktu malam. Pasti menjadi pilihan penggemar photography dan nightography







Samsung Galaxy Z Flip4 hadir bersama video protrait yang anda dapat mengambil video protrait dengan cantik dan jelas dan reka bentuk semula Z Flip4 juga memberikan anda cengkaman yang lebih selesa untuk mengambil gambar.


SPESIFIKASI PERANTI Galaxy Z Flip4

Model: Samsung Galaxy Z Flip4
Paparan Depan Kecil : 1.9 inches, 260 x 512 pixels
Paparan Size : 2640 x 1080 pixels, 22:9 ratio, 426 PPI
Paparan : 6.7 inches
Pemproses : Octa-core (1x3.19 GHz Cortex-X2 & 3x2.75 GHz Cortex-A710 & 4x1.80 GHz Cortex-A510)
Cip: Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm) SM8475
GPU: Adreno 670
Kalis Air : IPX8
RAM : 8GB + 128GB, UFS 3.1
Sistem Operasi: Android 12, One UI 4.1
Memori Dalaman : 128GB ROM
Kamera Utama: Dua l: 12 MP, f/1.8, 27mm (wide), 1.8µm, Dual Pixel PDAF, OIS +
12 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide), 1.12µm
Rakaman Video : 4K@30/60fps, 1080p@60/240fps, 720p@960fps, HDR10+
Kamera Hadapan : 4K@30fps
Kamera Swafoto : 10 MP, f/2.4, 26mm (wide), 1.22µm
Bateri : 3700 mAh, Li-Po 3700 mAh, non-removable battery, Fast charging 25W, Fast wireless charging 15W, Reverse wireless charging 4.5W
SIM/Telefon : Nano SIM, eSIM
Sistem Imbasan : Fingerprint (side-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer (side-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer


Warna Pilihan: Graphite, Pink Gold, Blue and the signature Bora Purple.

Harga Jualan: RM4099 8/128 GB, RM4299 8/256 GB, & RM4899 8GB | 1TB
RM4599 Bespoke Edition 8/256GB

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy z flip4 anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip4/