Terkini | New

MAJLIS PERASMIAN PETALING JAYA INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL

MAJLIS PERASMIAN PETALING JAYA INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL
(FESTIVAL KESENIAN RAKYAT ANTARABANGSA PETALING JAYA ) 2022.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ ) telah menganjurkan Petaling Jaya International Folklore Festival ( Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling Jaya ) 2022 bermula 28 November 2022 dan akan berakhir pada 4 Disember 2022 bertempat di Dataran Petaling Jaya , Persiaran Barat , Seksyen 52 , 46200 Petaling Jaya , Selangor.



Festival kali ke - 7 ini merupakan festival tahunan anjuran MBPJ yang mengetengahkan kebudayaan dari dalam negara dan luar negara untuk mendokong peranan Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni.


Festival ini telah berjaya menarik penyertaan peserta dan pengunjung seramai 30,000 orang . Ia juga merupakan usaha sama di antara MBPJ dengan Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia ( MOTAC ) , International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts ( CIOFF Malaysia ) dan Tourism Selangor dan Suria RM sebagai radio rasmi.


PJ Folklore 2022 ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif bagi mempromosikan bandar raya Petaling Jaya sebagai sebagai sebuah Kota Seni dan destinasi pelancongan antarabangsa selain menghidupkan kawasan Seksyen 52. Selain itu , ia juga selaras dengan pelaksanaan Petaling Jaya Smart , Sustainable and Resilient ( PJSSR2030 ) , ia juga merupakan salah satu agenda menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan .

Festival ini mengetengahkan konsep kepelbagaian , keunikan , keharmonian , antarabangsa , kesenian rakyat , budaya komuniti tempatan dan perkongsian ilmu dan ketamadunan negara - negara seta memupuk kasih sayang dan cintakan budaya negara - negara lain.


Pelbagai acara menarik telah berlangsung melibatkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8 buah negara antarabangsa iaitu Indonesia melibatkan dua kumpulan dari Bandung dan Kalimantan , Korea Selatan , Filipina , Thailand , Mexico , Sri Lanka , Jepun dan Uzbekistan . Manakala 10 buah negeri di Malaysia iaitu Selangor , Kuala Lumpur , Sabah , Sarawak , Kelantan , Terengganu , Pahang , Perak , Pulau Pinang dan Johor.





PJ Folklore 2022 melibatkan 31 program secara percuma seperti PJ Fight Night ( MIMA ) , Pocket Show yang melibatkan dua pusat membeli - belah iaitu One Utama Shopping Centre dan Sunway Pyramid Shopping Centre , Asian Food Festival , Pameran Busana & pelbagai jualan , persembahan Wayang Kulit ( Pok Chu ) . Dikir Barat ( Issey ) , Persembahan Kebudayaan Antarabangsa , Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan lain - lain .






Penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ( Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling Jaya ) telah mendapat pengiktirafan padatahun 2018 sebagai program pertukaran kebudayaan antarabangsa ( International Cultural Exchange Programme ) oleh Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia ( MOTAC ) dan penganjuran tahun ini MOTAC sekali kali memberi pengiktirafan dengan menyampaikan Sijil Insentif Promosi PJ Folklore 2022 Melalui Kalendar Pelancongan Malaysia.



Orang ramai amat digalakkan untuk terus berinteraksi , bersama MBPJ di media sosial rasmi MBPJ iaitu di Facebook ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya , Instagram dan twitter ; picitycouncil serta laman sesawang MBPJ www.mbpi.gov.my