Terkini | New

Padi Reborn Rayakan Konsert Ulang Tahun ke - 25 Di Malaysia Duet bersama Dato ' Sheila Majid pada 3 Disember ini

Padi Reborn Rayakan Konsert Ulang Tahun ke - 25 Di Malaysia Duet bersama Dato ' Sheila Majid pada 3 Disember ini.


Tak Hanya Diam yang dipasarkan pada sekitar tahun 2007, terdapat sebuah lagu dengan judul Jangan Datang Malam Ini. Namun bukan sahaja malam ini, malah di hari ini dan pada masa akan datang, kami sentiasa mengalu alukan kedatangan Padi Reborn ke Malaysia.


lya, selamat datang Padi Reborn, ke Maisysie, berternu dan menyape para Sobatpadi yang merindukan sang penghibur dengan berisan penyenyinya, Fadiy, Plyu (gitar), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram). Apalagi, ia pasti menjadi momen yang begitu indah kerana hehadiran Padi Reborn adalah sempena merayakan ulang tahun ke-25 mereka dalam betentika muzik nusantara.


Konsert 25 Tahun Padi Reborn dibawakan sekaii lagi oleh Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm), penganjur sama yang membawa mereka bertandang dan menyapa Sobatpadi beberapa tahun lalu. Kini sempena ulang tahun jubli perak mereka, Padi Reborn belum terlambat merayakannya bersama Sobatpadi dan penggemar muzik pada 3 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur.


“ini adalah sebuah kesempatan yang mengujakan buat seluruh anggota Padi Reborn kerana akan merayakan perjalanan dan ulang tahun jubli perak kami yang ke-25 di Malaysia.Terima kasih kerana masih mahu berjalan harmoni dengan Padi Reborn lagi,” ujar Pengasas serta pemain gitar Padi Reborn, Piyu.

Sementara itu Pengarah Qew Comm, Datin Rahizahwati Yahya juga melahirkan rasa syukur kerana sepanjang pandemik melanda dunia, sesuatu yang tertunda termasuk keinginan mereka membawa Padi Reborn kembali ke Malaysia menjadi nyata.


“Kami percaya dengan kembalinya Padi Reborn ke Malaysia sempena ulang tahun ke25 akan memberi satu lagi justifikasi tentang kumpulan yang mempunyai pengaruh dan peminatnya sendiri ini sebagai penghibur yang tidak akan mati ditelan zaman,” ujar Datin Rahizahwati Yahya.

Menariknya juga, konsert kali ini bakal menyaksikan kolaborasi Padi Reborn bersama penyanyi kesayangan Malaysia dan Indonesia iaitu Dato’ Sheila Majid. Saya berasa berbesar hati dan terharu dijemput sebagai penyanyi undangan oleh pihak Padi Reborn dan Qew Comm untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke 25 dalam Konsert Padi Reborn 25 Years Live In Kuala Lumpur.

Saya berharap para peminat akan dapat datang dan sama-sama menyaksikan kerjasama perdana kami dalam konsert ini kelak. Tentang lagu, perlu tunggu dan lihat kerana ini juga elemen surprise buat para peminat. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan,” ujar Sheila 

Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima karyawan seni ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan nama Padi pada sekitar tahun 1997. Album Lain Dunia yang dipasarkan setahun kemudian meledak, mengutip lebih 800 ribu unit jualan dan menyemarakkan nama Padi sebagai antara kumpulan terbaik di indonesia.


Namun, Padi kemudian berehat dan tidak mengerjakan karya selama dua tahun setelah kelahiran album Padi, mereka kembali dengan Tak Hanya Diam pada tahun 2007. Sejak itu, nama Padi Reborn digunakan dengan simbolik titik titik bercantum pada kulit album lambang sinergi dan saling berkomunikasi semula di antara anggota serta kumpulan tersebut dengan peminatnya.

Dengan pelbagai anugerah yang telah dimenangi, perjalanan panjang 25 tahun yang direntasi, Konsert 25 Tahun Padi adalah sesuatu yang tidak wajar ditunda atau ditinggalkan.


Tiket-tiket dengan harga RM209 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) sudah mulai dijual mulai jam 11 pagi, 28 September 2021 lalu di https://www.ticket2u.com.my .