Terkini | New

Chicken Royale Bakal Membuka 9 Lagi Cawangan Pada Tahun 2023

Chicken Royale Bakal Membuka 9 Lagi Cawangan Pada Tahun 2023

Chicken Royale Optimis hadapi kemelut ekonomi 2023 dan bakal buka 9 lagi cawangan tahun ini


Tahniah Restoran Chicken Royale yang membuka cawangan terbaru ke 8 Chicken Royale di Senawang, Negeri Sembilan. Jenama Chicken Royale , rangkaian restoran keluarga yang menyajikan hidangan ayam panggang peri peri bersama cheese terus mengorak langkah ke depan dengan sasaran membuka sembilan lagi outlet untuk tahun 2023.


Melangkah ke tahun 2023 yang diramal bakal berdepan kemelut ekonomi, Eight Endeavours Sdn Bhd syarikat milikan penuh bumiputera yang membina jenama restoren Chicken Royale membuka cawangan ke 8 Chicken Royale Senawang, Negeri Sembilan baru baru ini. Walau menghadapi pelbagai rintangan , dugaan dan rintangan semasa fasa “lockdown’ akibat pandemik Covid 19, Chicken Royale terus berkembang dan berbangga dengan memiliki lapan cawangan kini.



Pasir Gudang, Johor, Banting, Selangor, Nilai, Port Dickson ,Negeri Sembilan serta beberapa lokasi lagi di Selangor dan Kuala Lumpur antara lokasi lokasi pilihan pembukaan Chicken Royale sepanjang tahun 2023. Menurut pemilik jenama Chicken Royale, Mohd Nazri Md Akim mereka juga bakal membangunkan “dapur berpusat” berkapasiti lebih tinggi dengan pensijilan halal pada tahun ini


Tambah beliau lagi, Chicken Royale berhasrat untuk menguasai pasaran tempatan dalam masa lima tahun dan seterusnya mengorak langkah kearah jenama global dengan memasuki pasaran antarabangsa dengan sasaran permulaan adalah negara negara di Asia Tenggara dan Mediteranean dengan memiliki sekurang kurangnya 50 cawangan.



Menyentuh tentang cabaran serta dugaan terhebat yang dilalui, antaranya Mohd Nazri memberitahu pada tahun 2019 selepas membuat kerja kerja pembesaran dan renovasi cawangan pertama , tiba tiba seluruh dunia dilanda pandemic dan “lock down”, semua tunai habis dan untuk bangun semula teruskan kerja kerja renovasi selepas PKP tanpa tunai ditangan. Namun berkat usaha serta tidak pernah mengenal erti kalah dalam berniaga beliau kini boleh berbangga dengan memiliki lapan outlet Chicken Royale.

Antara tips kejayaan yang diamalkan beliau adalah kekal focus, dan mengulang membuat proses pembangunan sama setiap hari, tanpa henti meskipun tiada bayangan kejayaan pada peringkat awal pembangunan jenama Chicken Royale.



Mohd Nazri juga amat menikberatkan hubungan sesama pekerja sebagai satu keluarga besar Chicken Royale. Beliau memberi fokus untuk mencipta peluang membina kerjaya gemilang kepada seluruh keluarga Chicken Royale tanpa mengira latar belakang . Hasilnya 100% pasukan pengurusan yang ada kini memulakan kerjaya mereka sebagai kru restoren Chicken Royale atau juga dikenali dengan nama unik Hulubalang, dan kini mereka menempa kejayaan mampu mengurus perniagaan berskala besar.


Rangkaian restoren Chicken Royale menerapkan ciri ciri unik kemelayuan dengan hidangan menu menu utama berkonsepkan makan di dalam talam dengan menamakan hidangan hidangan menu bersempena dengan nama Hikayat Melayu seperti Talam Badang, Mahsuri, Bersiong, Teja , Mahsuri, Mayang, Sapurba dan lain lain lagi. Ciri ciri kemelayuan turut jelas kelihatan pada logo Chicken Royale dengan imej ayam bertanjak adalah sesuatu yang unik dan istimewa.




Chicken Royale hanya bermula dengan sebuah “kenderaan saji” jalanan (food truck) pada tahun 2016 dengan menawarkan produk unik hidangan ayam Peri Peri ciptaan beliau sendiri seorang usahawan muda tempatan yang berjiwa besar . Resepi yang yang diilhamkan dari Afrika Selatan ini kemudian diolah menepati citarasa rakyat Malaysia , berkonsep kemesraan keluarga dengan memberi kepuasan berganda kepada pelanggan.


“ Chicken Royale turut sinonim dengan hidangan ayam panggang bercheese di atas talam yang menjadi tarikan utama pelanggan ke restoren . Walau berciri kemelayuan , Mohd Nazri terbuka untuk menerokai serta cuba memperkenalkan hidangan dan menu dengan suntikan elemen barat dan melayu iaitu “Cheese Leleh ” . “ Nampaknya cubaan saya berhasil dan berjaya menarik hati lebih ramai pelanggan ke restoren yang semakin dikenali rakyat Malaysia.




Antara menu atau hidangan kegemaran pelanggan adalah Set Talam Keluarga Bersiong , Badang, juga Set Individu Nasi Teja ,Nasi Mayang, dan Nasi Mahsuri. Turut menjadi pilihan adalah menu istimewa Set Sapurba, yang menggabungkan hidangan unik Kambing yang di goreng rangup berserta kentang wedges. Chicken Royale juga menawarkan burger gergasi yang dikenali Burger Parasmeswara yang didatangkan dengan filet ayam rangup.


Untuk menambah lagi keterujaan pelanggan, mereka akan dipersembahkan dengan aksi lambungan cheese sewaktu hidangan disajikan ke meja. Manakala keenakan ayam panggang diserlahkan dengan pemilihan ayam dara segar yang diperap selama 24jam dengan 14 rempah ratus rahsia . Ayamnya pula dipanggang selama dua jam menggunakan ketuhar rottiserie, menjadikan tekstur ayam lebih lembut dan juicy. 



Pilihan jenama Chicken Royale yang menyajikan Ayam Panggang dan Cheese pastinya tidak menghampakan setiap rakyat Malaysia dengan kepuasan berganda. Untuk maklumat lanjuta anda boleh layari laman web dan laman sosial media mereka di :