Terkini | New

FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI ‘OPS HELANG’

FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI ‘OPS HELANG’


TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.



Filem yang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.


Coast Guard telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.


Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30.


COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.


Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini!