Terkini | New

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Di Plenary Hall KLCC Meriah!

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Di Plenary Hall KLCC Meriah!

Bunga Citra Lestari, menebarkan ‘wangi’ karyanya menerusi sebuah konsert yang sangat dinantikan peminat di Malaysia. Konsert Blossom - Bunga Citra Lestari, Wanita Terbahagia itu setelah melalui banyak fasa dalam hidupnya beberapa tahun kebelakangan ini.



Konsert Blossom Bunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Icon Entertainment berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur cukup meriah dihadiri ramai peminat, keluarga dan rakan-rakan yang menantikan beliau di Malaysia.


BCL senang menggelarkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang mendokong karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas suami tercinta, aktor Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020. Turut mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu mengimbau pengalaman ketika di Malaysia bersama.


Konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua buat BCL, Konsert Blossom Bunga Citra Lestari ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan. Turut menyanyikan 20 buah lagu termasuk medle terindah bersama bait-bait lagu syukur mengenali Ashraf dan keluarga.


Antara untaian lagu yang membuat namanya meledak di Malaysia adalah Ingkar, Lagu Cinta Pertama (Sunny) dan album terakhir yang dikeluarkan pada 2017 iaitu It’s Me BCL. Penyanyi dan pelakon berusia 39 tahun ini juga terkenal dengan lagu duet bersama Ari Lasso, Aku Dan Dirimu serta terkini, Menghapus Jejakmu duet bersama Ariel Noah.Tetapi pada kali ini BCL hanya berduet bersama Danar Widianto yang merupakan peserta X Factor Indonesia dan Ariel Noah di layar gergasi.


Penonton turut diberi kejutan apabila anak lelaki BCL, Noah Aidan Sinclair tampil menyanyi bersama ibunya untuk lagu terakhir, Dance Tonight. Bukan sahaja menjadi ‘rapper’ untuk persembahan ibunya, si cilik berusia 12 tahun itu juga lincah menari seperti penari profesional sekali gus mendapat sorakan gemuruh penonton.