Terkini | New

CHIEF FAEZ MAHU DIKENALI DI MALAYSIA

CHIEF FAEZ MAHU DIKENALI DI MALAYSIA

Chef Faez Tauke Nasi Arab Mahu Jadi Artis Versatil Di Malaysia, Chef Faez, jejaka tampan yang berasal dari Syria ini mula menjadi sebutan ramai setelah manisan Kunafa ‘Crispy’ air tangannnya tular di media sosial. Kini, beliau mengimpikan untuk menjadi seorang selebriti!


Walaupun Chef Faez sibuk mengusahakan dua buah restoran makanan negara Timur Tengah milik beliau di Jalan Imbi Kuala Lumpur dan Alor Setar,namun hasrat untuk mengejar impian dalam bidang seni begitu kuat. Beliau yang berusia 34 tahun dan sudah lebih 10 tahun menetap di Malaysia, mengharapkan agar kehadirannya di persada seni tanah air dapat diterima ramai, khususnya peminat setia beliau.



Chef Faez mempunyai cara tersendiri untuk mencipta nama dan populariti di Malaysia.Memiliki paras rupa yang kacak serta personaliti menarik. Jadi, tidak mustahil beliau akan berjaya melebarkan sayapnya untuk bergelar penyanyi dan juga pelakon.


Chef Faez yang ditemui di restoran miliknya yang terletak di Jalan Imbi itu turut menyuarakan hasrat beliau ingin berduet dengan Dato’Sri Aliff Syukri. Beliau tertarik dengan kesungguhan Datuk Seri Aliff Syukri untuk terus berada dalam industri seni.Sedangkan beliau sudah suksess menempa nama sebagai ahli perniagaan terkenal.



Bukan itu sahaja, baginya Dato’Sri Seri Aliff Syukri juga bijak menaikkan nama dan juga populariti dirinya sehingga cukup dikenali ramai.

Sebagai permulaan penglibatannya dalam bidang seni, Che Faez merancang untuk mengeluarkan album single. Beliau ingin melihat sejauh mana kemampuan dirinya. Memandangkan beliau pernah menimba pengalaman sebagai penyanyi dan pelakon di tanah airnya dahulu.Beliau mengharapkan kehadiran dalam industri seni Malaysia dapat diterima dengan baik.

Menyentuh tentang pemilihan lagu, Chef Faez menjelaskan bahawa segalanya masih dalam perancangan.Namun, besar kemungkinan beliau akan membawakan lagu-lagu dalam bahasa Arab. Namun,tetap ingin menyelitkan lagu-lagu Melayu sebagai taruhan.


Name : MOHAMMAD FAEZ
Origin : Syria
Live in Malaysia 10 years ago
Age 34
Birth day 27/10/1988

Jom follow Chef Faez!


https://www.tiktok.com/@cheffaez

https://www.facebook.com/cheffaez

https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

Semoga segala impian Chef Faez boleh pergi jauh memandangkan beliau mempunyai kelompok peminat tersendiri.Tambahan pula, beliau bakal membuka lebih banyak cawangan restoran.