Terkini | New

Lagu Terbaharu Aku Tak Sempurna oleh Oja

Lagu berjudul Aku Tak Sempurna nyanyian Oja dicipta pada awal tahun 2021 iaitu selepas lebih kurang sebulan Oja tamat menyertai program Gegar Vaganza musim ke 7.


Pada mulanya penulis lirik lagu “Dasira” Mohtar Said, memberi ilham kepada Oja supaya lagu berikut ditujukan khas buat peminat-peminat Oja yang dulu dan juga peminat yang baru mengenali beliau untuk meluahkan rasa terima kasih diatas sokongan daripada mereka semua. Kemudian Oja mengolah lirik tersebut lebih luas untuk dijadikan pada umum. Bagi beliau bukan hanya peminat-peminat sahaja yang menjadi barisan penyokong.Katanya dia masih ada orang sekeliling iaitu ibu ayah, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara,sahabat handai dan juga jiran tetangga yang masih menyokong perjuangan dan kerjaya beliau.

Lirik lagu berikut telah menjadi berbagai maksud sesudah ditulis sepenuhnya kerana ianya lebih dekat dengan masyarakat. Beliau juga mengatakan bahawa beliau berinspirasi daripada karya-karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee kerana kisah dalam penulisannya seolah berada disekeliling kita semua. Bagi Oja lagu ini adalah “masterpiece” beliau sepanjang dia terlibat dalam industri muzik. Melodi dan susunan muzik adalah hasil kerja tangan daripada Oja sendiri. Melibatkan empat orang pemuzik iaitu daripada rakan Oja sendiri daripada kumpulan Humanoid Haziq Ramli,Hailme Iswa,Aman Radzi dan Oja sendiri.

Katanya muzik yang berkonsepkan Rock Ballad ini lebih mudah diminati oleh semua golongan daripada muda hingga pendengar veteran. Oja juga menekankan bahawa bajet keseluruhan projek single ini adalah daripada poket Oja sendiri. Katanya juga Muzik video rasmi masih dalam perancangan walaupun jalan cerita atau ‘story line’ telah pun dibincangkan bersama team. Oleh kerana perbelanjaan yang tidak mencukupi, Oja dan team hanya mengeluarkan Video Lirik sahaja tapi masih mempunyai ‘story line’ yang agak kuat. Rancangan Oja jika bajet untuk menghasilkan video muzik rasmi masih tidak mencukupi, beliau tetap akan mengeluarkan video berkenaan lagu Aku Tak Sempurna. Oleh kerana lagu ini mempunyai banyak maksud, Oja juga meletakkan text “Episod Pertama” pada awal Video Lirik tersebut.


Maklumbalas daripada penonton dan pendengar kesemuanya positif. Ramai yang mengatakan cerita dalam lagu tersebut adalah sama dengan cerita kehidupan mereka. Penghasilan keseluruhan lagu ini mengambil masa 2 tahun atas sebab kesibukkan Oja di studio rakamannya sendiri. Katanya, beliau tidak mahu menghasilkan sebuah ‘masterpiece’ dengan tergopoh gapah. Oja juga berharap lagu ini dapat sokongan daripada semua pihak termasuk media-media kerana katanya zaman ini sangat susah untuk memperdengarkan walaupun hanya sebuah lagu. 

Objektif lagu Aku Tak Sempurna ini pula adalah untuk menghargai pasangan dan org sekeliling yang sentiasa ada dalam susah senang Oja juga berharap supaya lagu Aku Tak Sempurna ini dapat selalu diputarkan tidak kira sama ada di stesen-stesen radio, telivisyen ataupun platform-platform media yang lain.