Terkini | New

PROGRAM AMAL WORLD SAREE DAY MALAYSIA (WSDM) BERSAMA PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM)

PROGRAM AMAL WORLD SAREE DAY MALAYSIA (WSDM) BERSAMA PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA (PSDM).


World Saree Day Malaysia (WSDM) telah mengadakan satu program amal seni dan budaya besama Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2023.


Program amal ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mendidik mereka tentang keunikan Sari serta menyalurkan sumbangan kepada PDSM bagi menampung perbelanjaan mereka.


Acara ini telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi India, Encik Bommireddy Narasimha Reddy. Rumah anak yatim dan kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Lagenda dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas turut menghadiri majlis itu dalam semangat mempelajari warisan budaya memakaian Sari.


PSDM adalah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada 2001, ia mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan.


Sumbangan yang diberikan oleh WDSM kepada PSDM adlah untuk membantu mendapatkan peralatan tambahan, perbelanjaan latihan kerjaya vokasional, dan peralatan bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya dalam masa terdekat.


Di era moden ini, khususnya, budaya pemakaian Saree dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan. Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya,etnik, kaum dan bangsa. Oleh Itu, WSDM berhasrat untuk membawa impak sosial kepada masyarakat dengan menggalakkan generasi muda untuk terus mencintai dan menghargai seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Acara ini telah dipamerkan lebih daripada 60 Sari dalam pelbagai warna dan gaya dalam pertunjukan fesyen dengan penyertaan 10 model berpengalaman dari PDSM, ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada komuniti sindrom down untuk meningkatkan pembangunan diri mereka. Tarian Khatak tradisional yang unik juga dipersembahkan oleh Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose (NSCBICC) di mana para penari menceritakan kisah melalui mata dan ekspresi mereka.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis Sari di seluruh India dimana bahan, reka bentuk, dan gaya, yang dipakai adalah berlainan mengikut kesesuain majlis tersubut. Dengan itu, Kelab Bharat Kuala Lumpur telah mempamerkan 30 jenis Sari yang berbeza dan gaya lilitan di 30 negeri (India selatan ke utara) sebagai cara untuk mendidik orang ramai tentang keunikan dan fakta menarik tentang Sari.


“Kami memilih untuk mendidik tentang warisan budaya Saree kerana terdapat banyak fakta menarik mengenainya, salah satunya ialah terdapat pelbagai jenis Saree, bahan, dan tekstil di seluruh India, dan terdapat pelbagai cara pemakaiannya. Ia telah direkodkan bahawa terdapat sejumlah 108 cara memakai Saree yang menjadikannya satu pakaian yang unik.” kata Bkay Nair, Pengarah World Saree Day.

Bkay Nair juga merupakan Pengarah Bkay Nair Resources (BNR), sebuah syarikat penyediaan latihan dan acara yang telah melatih orang ramai secara peribadi untuk menjadi usahawan yang berjaya, dalam aspek komunikasi dan pembangunan kerjaya.

Sebagai seorang yang dermawan, dia telah melibatkan dirinya dalam pelbagai acara dan program khidmat sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang dan Sedunia Hari Hijab Antarabangsa. Oleh demikian, ia menjadi inspirasi kepada Bkay untuk menganjurkan program amal ini.

WSDM akan terus berusaha untuk mengekalkan kepelbagaian budaya pelbagai kaum di Malaysia, serta menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional masing-masing bagi memupuk perpaduan antara pelbagai kaum di samping memupuk semangat cinta dan hormat-menghormati. Khususnya untuk budaya pakaian tradisional india iaitu Saree dalam kalangan generasi muda agar ia tidak dilupakan. Cabutan bertuah diadakan pada acara ini dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Sari yang eksklusif, aksesori, syiling emas, dan percutian ke Langkawi.


Bkay Nair Resources (BNR)
Bkay Nair Resources (BNR) ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Cik Bkay Nair, sebuah syarikat yang menjalankan latihan kemahiran insaniah, kemahiran teknikal, latihan berkaitan IT, kemahiran keusahawanan, penjenamaan, pembinaan pasukan dan pengurusan acara. BNR telah menganjurkan pelbagai acara pada masa lalu seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”, “Women of Essence Leadership Series 2019 - 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain.

Cik Bkay Nair ialah graduan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, LLB(HONS) mengasaskan Bkay Nair Resources. Beliau terlibat secara aktif dalam persada hiburan tempatan dan turut muncul dalam filem Ratu dan Banglo99. Beliau adalah Ratu Cantik dan usahawan yang cemerlang dan teladan yang dianugerahkan sebagai salah seorang Wanita Berjaya Dunia 2017 oleh The Phoenix Awards.
 
Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)
PSDM yang ditubuhkan pada 11 Mei 2001, merupakan Pertubuhan Sukarelawan Kebangsaan (NVO) yang menjaga kesejahteraan individu Sindrom Down dan keluarga mereka di seluruh Malaysia dari perspektif kebajikan, kesihatan, pendidikan & latihan, kemahiran vokasional/kerja. dan pekerjaan serta hidup berdikari dengan bantuan masyarakat. Selain itu, sebagai NVO, PSDM adalah satu persatuan bukan untung dan semua sumbangan dana digunakan untuk manfaat anakanak Sindrom Down