Terkini | New

Hidangan Menarik dan Lazat Di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka

Jom semua kali ini nak kongsikan satu lagi makanan menarik yang boleh semua cuba di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka. Kafe terbaru yang nampak cantik dengan susun atur yang menarik dan bersih yang terletak dalam kawasan Hospital Pantai  yang pasti semuanya bersih


Kami sempat menikmati makanan yang sedap-sedap semuanya homemade dari ramuan rahsia air tangan empunya kedai Saras Delights Bakery and Cafe yang berkonsepkan santai dan semua makanan disiapkan di dapur cafe sahaja. 






Anda semua boleh cuba pelbagai menu menarik seperti Croissant, Baguett, Chicken Bolognese, Salads, Pizza,dan Pasta dan Asian Delights. Pilihan Croissant, Baguett memang nampak menarik dengan isian yang pelbagai nampak sihat.




Pilihan pizza seperti Cheese pizza, Cajun Chicken pizza, Hawaiian Pizza dan Vegetarian Pizza pun terdapat di sini yang anda patut cuba. Penuh dengan topping yang banyak memang sedap.Peminat pasta kami sarankan anda mencuba pesto pasta yang sedap dengan rasa yang unik.


Menu bagi Asian Delights Saras Delight pula anda boleh cuba Chicken Porridge, Mee Siam, Noodle Soup, Nyonya Curry Laksa, Rice with Chicken Rendang dan Rice withTerayaki Checken. Banyak lagi nemu-menu terbaru akan di hasilkan oleh Saras Delights. Untuk pengetahuan semua hidangan mereka tanpa MSG untuk memberikan kepuasan makanan sihat untuk pelanggan-pelanggan,






Jika singgah kami sarankan anda mencuba pencuci mulut seperti kek pandan dan kek gula Melaka Saras Delight Bakery and Cafe yang sangat sedap dan lembut. Pilihan kopi juga sangat sedap termasuklah air lemonade yang dibuat sendiri dan sedar. Jangan lupa cuba ais coklat dia yang padu.

  









Bagi mereka yang berdekatan dengan Bandar Melaka jangan lupa singgah untuk menikmati makanan menarik dari Saras Delights Bakery and Cafe dan bawa keluarga dan kawan-kawan sekali.  Untuk maklumat lanjut kami sertakan link laman sosial media untuk sebarang update terkini.

Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka