Terkini | New

REBUT PELUANG AKHIR RAMADHAN ZIARAH BARANGAN PERIBADI RASULULLAH

REBUT PELUANG AKHIR RAMADHAN ZIARAH BARANGAN PERIBADI RASULULLAH 


Ramadhan memberi peluang mendekatkan diri kepada sang Pencipta selain berlumba - lumba mencari pahala berganda. Kesempatan mengisi masa di akhir ramadhan kali ini , Galeri Nur Raudhah menjemput oengunjung untuk melihat dari dekat Barangan Athar Baginda Nabi Muhammad SAW . Semuanya dengan tujuan untuk memberi peluang dan membuka laluan kepada umat Islam dan sesiapa saja yang terpanggil untuk hadir ke  Galeri Nur Raudhah  dengan satu tujuan iaitu ziarah barangan peribadi Rasulullah SAW secara lebih dekat dengan percuma.


Secara peribadi , kita sangat beruntung terpilih menjadi umat baginda Rasulullah SAW , dan berpeluang mendapatkan jaminan syafaat Nabi SAW di akhirat nanti. Penyelaras dan jurucakap Galeri Nur Raudhah , Ust Md . Zawawi Ramli memberitahu bahawa tujuan dikongsikan dan diadakan adalah untuk makluman kepada masyarakat sebagai bukti barangan peribadi dan sejarah peninggalan Nabi wujud dan Terbukti tulen dari hasil Kajian Prof Dr Haji Abdul Manan Embong.



Galeri ini mendapat kerjasama daripada seorang pakar arkeologi artifak Islam dunia , iaitu Allahyarham Datuk Prof Dr Abdul Manan Embong yang juga pemilik kepada Galeri Warisan MAR Terengganu. Prof Juga adalah satu satunya rakyat Malaysia yang dikira terbanyak memiliki serta menghimpunkan khazanah artifak athar Baginda Nabi Muhammad SAW .


Pengenalan Ringkas Galeri

Galeri Nur Raudhah di wujudkan untuk mengajak UMMAT Islam mendekatkan diri dengan Allah dan MENAMBAHKAN kasih cinta rindu kepada Baginda Nabi SAW . Alhamdulillah , Galeri Nur Raudhah telah dibuka bagi semua ummat Baginda Nabi SAW agar dapat melihat dari jarak dekat barangan peninggalan baginda Nabi SAW . 


Galeri Nur Raudhah adalah pemegang amanah bagi memastikan semua simpanan dan athar Baginda Nabi SAW dalam keadaan sempurna , baik dan selamat dengan beberapa syarat dan peraturan telah dibuat .

● Memastikan setiap athar dapat dikongsikan dengan UMMAT Baginda . Bagi tujuan merespon cinta kasih rindu Baginda kepada ummat sekaligus menambah menyuburkan lagi perasaan cinta , kasih dan rindukan Nabi SAW dan akhirnya diharap dapat membuat pembelaan kepada agama Allah bersama UMMAT Baginda yang lainnya .

● Galeri Nur Raudhah juga berperanan dalam pendidikan motivasikan UMMAT ke arah mengenali , menghayati mengamalkan segala sunnah Baginda Nabi SAW dalam kehidupan sekaligus menghayati sirah junjungan .

● Bagi menampung segala keperluan bulanan dan overhead , kami membuat pelbagai jualan barangan sunnah dan barangan Ibadah .




Galeri Nur Raudhah juga sedang mengusahakan wujudnya sebuah kompleks pendidikan dan tamadun sejarah di malaysia khasnya , bagi tujuan untuk menjadi sebuah pusat pendidikan dan pengajian Al Quran . Fardhu Ain serta bidang pendidikan pembelajaran yang lain bagi mendaulatkan dan mengembangkan syiar yang menjadi keagungan kepada agama , bangsa dan negara tercinta .



Semoga semua urusan dan perkhidmatan pengorban kita dalam membela agama akan terus menjadi Amal bakti dan amal jariah , amal Ibadah kita yang diterima oleh Allah.

Moto Galeri Nur Raudhah :
Dari Allah , Pengabdian kepada Allah , Kerana Allah . Menambahkan Pembuktian Kasih , Cinta , Rindu kami kepada Baginda Nabi SAW dengan kata - kata lain , Apakah lagi yang perlu dibuat untuk agama bagi mengenang jasa Baginda Nabi Muhammad SAW kepada kita Ummatnya .

" Barangsiapa mencintai ku dia akan bersamaku di Syurga " - ( Maksud Dan Hadis )
" Sesungguhnya engkau wahai Muhammad mempunyai Akhak yang Sungguh Agong " -
( Maksud ayat Al Quran ) " Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak " - ( Maksud Hadis )


Untuk maklumat lanjut anda boleh HUBUNGI :

DEWAN NO.0.1 JLN PIMPING KANAN , UKAY HEIGHT 68000 AMPANG , SELANGOR . DIBUKA SETIAP JUMAAT - SABTU - AHAD & CUTI UMUM
JAM : 10 AM - 10 PM
TEL : 019-334 9955 019-334 9933 03-4253 3500
www.galerinurraudah.org
nurraudhahgaleri@gmail.com