Terkini | New

Datuk Jawahar Ali Taib Khan Bersyukur Dapat Meraikan Majlis Rumah Terbuka Raya Aidilfitri

Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Pemilik Rangkaian Restoran Ali Maju telah mengadakan majlis rumah terbuka Raya Aidilfitri baru-baru ini di kediaman beliau bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.Majlis ini dihadiri oleh keluarga saudara mara,rakan-rakan,rakan strategik dan juga pihak media .


Pada sidang media ketika acara tersebut Datuk Jawahar Ali Taib Khan menyatakan rasa syukur beliau kerana berjaya mengadakan kembali majlis rumah terbuka Aidilfitri ini dan beliau mengajak rakyat Malaysia agar sentiasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan pelbagai nikmat di Malaysia tercinta ini.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi perhatian kepada permasalahan kekurangan pekerja asing selepas pandemik Covid sebelum ini.Mengenai urusniaga 24 jam restoran pula bagi pandangan peribadi beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut memandangkan bagi pihak restoran juga memerlukan rehat secukupnya disamping perlu menggalakkan gaya hidup yang sihat kepada rakyat Malaysia. Beliau juga menegur berkaitan urusniaga ketika solat Jumaat dan berharap semua pihak peka dan menghormati waktu solat Jumaat.


Toqqi yang mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia@PPIM pula berharap rakyat Malaysia terus mengamalkan semua budaya yang positif dan bersifat perikemanusiaan.Beliau membangkitkan isu pengguna yang terpaksa menghadapi karenah pihak bank seperti terpaksa melelong rumah dan berhutang.


Beliau juga mengajak muslim di Malaysia untuk berazam meninggalkan amalan riba .Beliau juga menegur sikap segelintir bank yang meraih keuntungan lumayan ketika pandemik Covid 19 dan masih menekan para pengguna. Sikap menindas pengguna ini kata beliau perlu dihentikan segera.