Terkini | New

DYTM RAJA MUDA SELANGOR PERKENAN MENOBATKAN 3 USAHAWAN SELANGOR SELAKU PEMENANG PROGRAM SAY ASPIRE EDISI KEEMPAT

DYTM RAJA MUDA SELANGOR PERKENAN MENOBATKAN 3 USAHAWAN SELANGOR SELAKU PEMENANG PROGRAM SAY ASPIRE EDISI KEEMPAT.


SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.


Ini merupakan kali keempat program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui agensi baginda Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor. 


Program edisi pada tahun ini bermula Mac sehingga Mei 2023 dan memberi impak kepada 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global. Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis atau disenarai hitam


Program ini merupakan kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth Community, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh DYTM Raja Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa.


Usahawan-usahawan di Selangor hendaklah melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale. Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

• YBrs. Encik Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
• YBrs. Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation
• YBrs. Dr Nurliza Mohd Mydin, Ketua Pegawai Strategi EXIM Bank
• YBrs. Puan Wan Norma Wan Daud, pakar eksport dari Malaysian Exports Academy




Antara 10 syarikat belia yang bertanding di SAY ASPIRE Pitch Finale mengikut turutan pembentangan

Nama Syarikat Produk / Perkhidmatan
1 My Innovative Wellness Sdn Bhd Bijirin & snek sarapan sihat
2 Global Haltech Sdn Bhd Ujian kit halal
3 Respected Citizen Sdn Bhd Kosmetik
4 Nibou Industries (M) Sdn Bhd Dadih, yogurt,
5 Elma Food Manufacturing Sdn Bhd Kopi 3-dalam-1, minuman bijirin, yogurt
6 MGR Malaysia Sdn Bhd Biskut & snek ringan
7 Xierra Holding Sdn Bhd Pakaian sukan
8 Inah Rasa Sdn Bhd Pes masakan
9 H&S Delight (M) Sdn Bhd Kiub masakan
10 Prosurv Resources Pes masakan



Tahniah kepada semua pemenang yang terpilih iaitu :

Pemenang Tempat Pertama: Global Haltech Sdn Bhd Ujian kit halal
Pemenang Tempat Kedua: MGR Malaysia Sdn Bhd Biskut & snek ringan
Pemenang Tempat Ketiga: H&S Delight (M) Sdn Bhd Kiub masakan

SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil.






Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas.

Berdasarkan kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti golongan belia di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.

Pada tahun 2022, SAY telah memberikan impak positif kepada jumlah keseluruhan 310,738 belia, tidak hanya terhad di negeri Selangor tetapi juga di seluruh Malaysia melalui lebih daripada 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama penubuhannya yang mana juga telah menghasilkan pulangan pelaburan sosial (SROI) 1:3.03. SAY juga menjalankan program dan inisiatif holistik melalui rakan kongsi daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem bagi memastikan tiada komuniti yang ditinggalkan.

http://www.selangoryouth.com