Terkini | New

Restoran Menu Masakan Melayu Di Tanah Suci Penuhi Permintaan Selera Jemaah Umrah Dan Haji

Menu Masakan Melayu Di Tanah Suci Penuhi Permintaan Selera Jemaah Umrah Dan Haji


Kini anda dan keluarga tidak perlu bimbang tentang makanan dan sarapan pagi sepanjang menunaikan umrah dan haji. Bagi memenuhi permintaan para pelanggan dari jemaah Malaysia, Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan mengambil langkah berani untuk membuka kedai makan di negara Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah.


Pembukaan dua buah kedai makan milik Mursyid Alharamain di Mekah dan Madinah bakal menceriakan jemaah haji dan umrah khususnya dari Malaysia untuk menikmati makanan masakan melayu yang kebanyakan di masak oleh chef menggunakan barangan dan herba dari Malaysia.



Restoran yang dikenali sebagai Rasa Malaysia di lokasi strategik tumpuan ramai menawarkan menu nasi lemak pada harga serendah 15 riyal ( RM18 ) untuk satu set hidangan nasi goreng. Menurut Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan, semua hidangan tersebut boleh ditempah secara online sehari lebih awal dengan pembayarannya sekali dan penghantaran akan dibuat ke hotel jemaah masing - masing. Antara menu hidangan seperti Nasi Lemak, Bihun Goreng semuanya serendah 15 Riyal.



Ketiadaan sarapan pagi disediakan pada musim haji mendorong beliau melabur untuk membuka kedai makan selain berinisiatif membawa bahan mentah serta kuih muih dingin beku dari Malaysia. Pelanggan kami bukan sahaja orang Malaysia tetapi juga dari Indonesia , Nigeria dan Turkiye yang mana mereka suka menikmati hidangan lauk tengah hari seperti kuah lemak dan kari



 

Jemaah boleh membuat tempahan sendiri atau anak-anak boleh menempah makanan untuk ibu bapa sempena musim Haji yang akan datang. ‘Rasa Malaysia’ bersedia menyantuni jemaah secara menghantar makanan yang telah ditempah sehingga pintu hotel mereka. 


Restoran makanan ‘Rasa Malaysia’ boleh dinikmati di Madinah dengan mudah kerana lokasinya betul-betul berhadapan masjid Nabawi. Anda boleh menempah pesanan makanan di https://RasaMalaysiaMadinahMekah.wassap.my/+966540751434