Terkini | New

Spritzer dan TudungPeople Menawarkan Selendang Dan Scrunchie Edisi Terhad Hutan Hujan

Pelancaran kolaborasi inisiatif kelestarian dengan penggunaan botol plastik dikitar semula untuk menghasilkan selendang dan scrunchies

SPRITZER (“Syarikat”) bekerjasama dengan TudungPeople, pereka tudung yang selesa dan cantik, untuk menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Syarikat.


TudungPeople, yang mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan, akan menggunakan lapan (8) botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol ICON Spritzer. Koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan ini sudah tersedia mulai 24 Mei 2023.



Selendang dan scrunchie (pengikat rambut) edisi terhad tersebut menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya. Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik, dengan keseimbangan berat, menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya. Setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik anda!


Spritzer sedang berusaha menuju masa depan yang berlestari, dengan inisiatif dan perkongsian untuk menggalakkan dan menyerlahkan kelestarian dan amalan lestari. Syarikat, yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air.



Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pada harga RM25 atau set pada harga RM184. Produk diatas boleh dibeli di www.tudungpeople.com dan https://shop.spritzer.com.my/.


Mengenai Spritzer Bhd

Kumpulan Syarikat Spritzer terdiri daripada sejumlah lapan anak syarikat perniagaan, yang mengkhusus dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semulajadi, air mineral semulajadi berkarbonat, air minuman suling, minuman berperisa buah-buahan tidak berkarbonat dan minuman berperisa buah-buahan berkarbonat. Syarikat itu telah beroperasi selama lebih daripada 30 tahun, dan merupakan pengeluar air botol terbesar di negara ini dan satu-satunya yang tersenarai awam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.spritzer.com.my.


Mengenai TudungPeople

TudungPeople ditubuhkan dengan impian membuat hijab untuk semua orang. Dengan koleksi yang merangkumi lebih 100 pelbagai reka bentuk dan cetakan, kami terus membuka jalan untuk tudung yang selesa dan cantik dibuat untuk setiap wanita.

Selain menjadi penaja rasmi untuk Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, TudungPeople juga berbangga mencipta hijab untuk atlet Malaysia. Bersama pengedar antarabangsa kami, kami melangkah dengan keyakinan kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari tudungpeople.com.