Terkini | New

Ulasan Penuh Samsung Galaxy A34 5G

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A34 5G yang tampak simple, anggun yang mampu milik dan serba boleh. Kami kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang penggunaan Samsung Galaxy A34 5G untuk tatapan semua.


Samsung Galaxy A34 5G mempunyai kamera swafoto 13MP F2.2 dengan autofokus. Di bahagian belakang, anda boleh menemui kamera utama 48MP F1.8 OISMacro Kamera 5MP f2.4, dan kamera 8MP F2.2 (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi.



Antara hasil dari gambar ultra lebar dengan kamera lensa 8MP F2.2 (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar dengan pemandangan lanscape yang luas sesuai dengan peminat pencinta keindahan alam.Hasil pasti memuaskan tangkapan 0.5X lebar memenuhi semua ruang skrin Samsung Galaxy A34 5G.





Seperti biasa kami kami akan kompilasikan tangkapan gambar dari ultra wide 05.X hingga 10X zoom yang terdapat pada lensa Galaxy A34 5G walaupun hasil zoom 10X hasilnya masih ternyata jelas dan terperinci. Hasil tangkapan kamera utama 48MP F1.8 OIS tetap menarik dan terperinci.




siri Galaxy A34 5G yang popular ini membolehkan pengguna merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas dengan menggunakan keupayaan Nightography dan AI Samsung Galaxy walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang dan gelap.





Samsung Galaxy A34 5G kali ini menampilkan paparan Super AMOLED 6.6" dengan resolusi 1080 x 2340 (FHD+), kadar penyegaran boleh ubah 120Hz. Samsung Galaxy A54 5G menggunakan pemproses Processor Octa-core, 2GHz RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ciri menarik ialah kemampuan kalis air IP67 , pengimbas cap jari bawah skrin dan bateri 5,000mAh.






SPESIFIKASI PERANTI SAMSUNG GALAXY A34 5G

Model: Samsung Galaxy A34 5G
Paparan: 6.6-inch Super AMOLED, FHD+ (2,340 x 1,080), 19.5:9 aspect ratio, 120Hz dynamic refresh rate.
CPU : Octa-core (2x2.6 GHz Cortex-A78 & 6x2.0 GHz Cortex-A55)
OSOne UI 5.1 based on Android 13
Protection : Corning Gorilla Glass 5
Kalis AirIP67 Based on lab test conditions for submersion in up to 1 meter of freshwater for up to 30 minutes
RAM8GB
Memori Dalaman: 256 GB
Kamera Utama: Triple: kamera utama 48MP F1.8 OIS, Macro Kamera 5MP f2.4, dan kamera 8MP F2.2 (ultra-lebar) 
Kamera Depan: 13MP F2.2 
VideoUHD 4K (3840 x 2160)@30fps
Bateri: 5,000mAh battery


Warna Pilihan: Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite, Awesome Silver
Harga Jualan: RM 1,599

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A34 5G anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung Galaxy A34 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a34-5g-silver-256gb-sm-a346ezsexme/