Terkini | New

Ulasan Penuh Samsung Galaxy A54 5G

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A54 5G yang tampak simple, anggun yang mampu milik dan serba boleh. Kami kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang penggunaan Samsung Galaxy A54 5G untuk tatapan semua.



Hadir dengan kamera hadapan 32 MP, F/2.2 bersama kamera utama 50 MP, F1.8 OIS, Kamera makro 5 MP, F/2.4 dan 12MP F2.2 Kamera ultra lebar. Ternyata saiz kamera memang padu dan bersaiz besar. Samsung Galaxy A54 5G menampilkan penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan digital video (VDIS) yang dipertingkatkan yang membolehkan anda menangkap kandungan hebat dengan yakin, dengan kejelasan yang menakjubkan. 





Antara hasil dari gambar ultra lebar dengan kamera lensa 12MP F2.2 (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar dengan pemandangan yang indah dan mempersonakan. Hasil pasti memuaskan tangkapan 0.5X lebar memenuhi semua ruang skrin Samsung Galaxy A54 5G.


Zoom 0.5


Zoom 1X


Zoom 4X


Zoom 10x

Seperti biasa kami kami akan kompilasikan tangkapan gambar dari ultra wide 05.X hingga 10X zoom yang terdapat pada lensa Galaxy A54 5G walaupun hasil zoom 10X hasilnya masih ternyata jelas dan terperinci. 



Hasil tangkapan kamera utama 50 MP, F1.8 OIS tetap menarik mengekalkan warna yang menarik dan terperinci dari setiap shoot yang di ambil. Kompilasikan tangkapan gambar dari ultra wide 05.X hingga 10X zoom yang terdapat pada lensa Galaxy A54 5G tetap hebat di waktu malam hari.


Zoom 0.5x


Zoom 1x 


Zoom 4x


Zoom 10x

Samsung Galaxy A54 5G bersama portrait malam dipertingkatkan dengan sensor kamera yang lebih besar. Saiz kamera utama sedikit besar 50MP F1.8 OIS berbanding dengan Samsung Galaxy A34 5G hanya 48MP F2.2 OIS. 


Mampu menghasilkan gambar yang menarik di waktu malam. Berswafoto pun pasti terang dengan 32MP F2.2 lebih besar dengan AI Enhanced kamera untuk gambar yang jelas dengan perincian yang luar biasa dalam gelap.






Paparan Super AMOLED 6.4 inches FHD+ Infinity-O dengan resolusi 1080 x 2340 pixels, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz turut membantu dan melancarkan kerja-kerja anda sepanjang hari. Antara lain Samsung Galaxy A54 5G menggunakan pemproses Processor Octa-core 2.4 GHz bersama RAM 8 GB dan storan dalaman 256 GB. Ciri menarik adalah kemampuan kalis air IP67 dan bateri 5000 mAh yang mampu bertahan 2 hari.


Antara yang menarik lain Samsung Galaxy A54 5G anda boleh menggunankan ciri Awe-Day seperti Kongsi Pantas, Mod & Rutin, Samsung Wallet dan LINK to window yang pasti memudahkan kerja anda.

SPESIFIKASI PERANTI SAMSUNG GALAXY A54 5G

Model: Samsung Galaxy A54 5G
Paparan: Super AMOLED, 120Hz, 1000 nits (HBM)
Saiz paparan : 6.4 inches, 100.5 cm2 (~82.9% screen-to-body ratio) 1080 x 2340 pixels
Pemprosesan: Octa-core (4x2.4 GHz Cortex-A78 & 4x2.0 GHz Cortex-A55)
Cip: Exynos 1380
OS: Android 13, One UI 5.1
Kalis Air: IP67 Based on lab test conditions for submersion in up to 1 meter of freshwater for up to 30 minutes
RAM: 8GB
Memori Dalaman: 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, F/1.8, (wide), PDAF, OIS + 12 MP, F/2.2, 123˚ (ultrawide), 5 MP, F/2.4, (macro)
Kamera Depan: 32 MP, f/2.2, 26mm (wide)
Video: 4K@30fps, 1080p@30/60fps, 720p@480fps
Bateri: Li-Po 5000 mAh, non-removable battery, 25W wired
USB: USB Type-C
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, compass

Warna Pilihan: Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite, Awesome White
Harga Jualan: RM1,899

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A54 5G anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung Galaxy A54 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a54-5g-green-256gb-sm-a546elgdxme