Terkini | New

KYUT SKIN STIK PELINDUNG MATAHARI PERTAMA MALAYSIA

KYUT SKIN STIK PELINDUNG MATAHARI PERTAMA MALAYSIA MEREVOLUSIKAN PENJAGAAN KULIT DENGAN PENYELESAIAN INOVATIF.


Kyut Skin muncul sebagai nafas segar dengan rangkaian produk inovatif yang mengutamakan kemudahan tanpa mengorbankan keberkesanan bagi rutin penjagaan kulit semakin kompleks dan memakan masa. Diasaskan bersama oleh pasangan adik-beradik, Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalillah (NINICOMEI) menceritakan lebih lanjut mengenai inspirasi mereka, proses formulasi produk yang unik, dan visi mereka untuk masa hadapan.



Penubuhan Kyut Skin ini bertitik tolak daripada pengalaman peribadi dan keinginan untuk mencipta penyelesaian bagi masalah yang sering terjadi dalam proses penjagaan kulit. Minat mendalam Fathin dan Nini dalam industri penjagaan kulit dan melancong membuka mata mereka terhadap pelbagai amalan penjagaan kulit di seluruh dunia. Bagaimanapun, masalah kulit yang dilalui oleh keluarga mereka sendiri telah menjadi pencetus kepada idea untuk membangunkan produk utama Kyut Skin, stick pelindung matahari yang mudah digunakan.



Pada tahun 2019, ibu kepada dua beradik tersebut mengambil bahagian dalam misi sukarelawan ke Pakistan tetapi mendapati agak sukar untuk mengaplikasikan semula pelindung matahari ketika perjalanan yang sibuk. Akibatnya, kulit mukanya mengalami kesan selaran matahari yang teruk sejurus pulang ke Malaysia. Situasi yang dialami ibu mereka itu telah mengilhamkan Fathin dan Nini untuk mencipta produk yang mudah, senang untuk digunakan, dan berkesan bagi menyelesaikan masalah penjagaan kulit buat orang yang sentiasa sibuk. 



Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam formulasi penjagaan kulit sebelum ini, pengasas Kyut Skin ini telah mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran. Mereka bahkan pergi ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih, bagi memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi. Perjalanan Kyut Skin bermula dengan pembangunan stick pelindung matahari mereka, proses yang mengambil masa kira-kira dua tahun dimana telah ditangguhkan oleh pandemik yang melanda seluruh dunia. Namun, pencipta- penciptanya kekal teguh dalam usaha mereka untuk mencapai kesempurnaan dan enggan mengeluarkan produk sehingga mereka berpuas hati sepenuhnya dengan formulasi yang terbaik buat produk mereka. Komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan yang teliti telah dijalankan untuk semua produk mereka, dalam memastikan setiap ciptaan Kyut Skin memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh jenama tersebut.



Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Kyut Skin dipilih dengan teliti untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit. Sebagai contoh, stick pelindung matahari mengandungi Minyak Jojoba yang membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah jangkitan bakteria serta pembentukan jerawat. Minyak Biji Bunga Matahari, kaya dengan Asid Linoleik, juga merupakan bahan utama yang mengurangkan kehilangan air kulit. Minyak Rosehip, yang kaya dengan Vitamin A dan E, merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan keradangan, dan melawan jerawat.




Salah satu aspek yang paling mengagumkan dalam perjalanan Kyut Skin adalah komitmen mereka terhadap ketelusan dan ujian yang ketat. Sebelum melancarkan produk mereka, jenama ini menjalankan ujian logam berat, ujian SPF, ujian mikrobiologi, dan ujian kestabilan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk mereka.



Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya. Dalam bulan pertamanya, jenama ini menerima Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023. Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif, ini telah memperkenalkan Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit yang mudah digunakan, berkesan, mengurangkan jerawat, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.



Melihat ke hadapan, Kyut Skin ingin membina kepercayaan orang ramai terhadap jenama berkenaan dan mampu mencapai kejayaan yang konsisten, serta menawarkan produk berkualiti tinggi yang tetap relevan dan menanam keyakinan dalam pengguna mereka. Jenama Kyut Skin kini aktif memperluaskan rangkaian produknya, dengan beberapa formulasi sedang dalam pembangunan, di mana mereka menjanjikan manfaat dan kemudahan yang lebih banyak kepada peminat penjagaan kulit.



Selain daripada produk penjagaan kulit mereka, Fathin dan Fathini turut berkongsi beberapa petua penting untuk memastikan penjagaan kulit yang berkesan. Mereka menekankan kepentingan menjaga hidrasi, mendapatkan cukup tidur, dan mengelakkan stres, dengan pesanan bahawa penjagaan kulit berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan.

Para pengasas produk Kyut Skin ini menggalakkan orang ramai untuk turut serta bersama mereka perjalanan perjalanan ini. Kyut Skin membuka peluang kepada lelaki dan wanita yang berminat untuk menyertai permulaan mereka (program penjual semula) jenama itu, yang menawarkan peluang untuk memulakan kerjaya keusahawanan.

Untuk mklumat lanjut anda boleh layari web https://www.kyutskin.com/  dan laman sosial media mereka di :

Facebook : https://www.facebook.com/kyutskin
Instagram : https://www.instagram.com/kyutskin/