Kenapa Jenama Tempatan Semakin Beralih kepada Shopee Affiliate untuk Menjana Jualan
Kenapa Jenama Tempatan Semakin Beralih kepada Shopee Affiliate untuk Menjana Jualan

Dalam era digital masa kini, di mana pengguna meluangkan lebih banyak masa di platform yang dipenuhi kandungan, jenama tempatan giat mencari pendekatan baharu untuk berinteraksi dengan mereka dalam ruang tersebut. Pembeli hari ini tidak sekadar tertarik dengan iklan, tetapi dengan cerita tulen yang dikongsi oleh pencipta kandungan yang telah membina kepercayaan dengan audiens mereka. Bagi jenama Malaysia seperti Signature Market, Naelofar, Oxwhite, dan Nanovet, ini menandakan peralihan ketara daripada pendekatan pemasaran tradisional kepada kerjasama dengan suara yang lebih autentik, kredibel, dan berhubung secara peribadi.
Perubahan ini bukan bersifat sementara, malah kandungan yang dihasilkan oleh affiliate kini menjadi antara pemacu utama jualan di Shopee. Dengan alat seperti Affiliate Marketing Solution (AMS), Shopee Live, dan Shopee Video, jenama berjaya mentransformasikan kerjasama ini kepada saluran jualan berskala besar yang dibina atas asas kepercayaan dan kandungan asli.
Kisah Kejayaan Jenama:
* Signature Market: Memberi Kepercayaan Penuh kepada Affiliate
Bagi Signature Market, jenama yang bermula dengan snek sihat dan kini merangkumi produk gaya hidup, aromaterapi, dan makanan sedia dimakan, perubahan dalam tingkah laku pembelian dalam talian jelas kelihatan. Pengurus Kanan Pemasaran di Signature Market, Adrian Choong Ho Ee, menyatakan bahawa pembeli kini lebih suka mendengar cadangan daripada individu yang mereka percayai, berbanding dengan menaip kata kunci seperti “chia seed” atau “overnight oats”.
_copy_647x1151.jpg)
Menyedari perubahan ini, Signature Market mula memanfaatkan ekosistem affiliate Shopee sepenuhnya, terutamanya saluran berasaskan kandungan seperti Shopee Live dan Shopee Video. Jenama ini membiarkan affiliate memilih produk yang paling sesuai dengan kandungan mereka, berbeza dengan pendekatan konvensional yang menetapkan produk untuk dipromosikan. Pendekatan ini membolehkan Signature Market meneroka kategori baharu tanpa menjejaskan identiti kesihatan jenama.
Adrian menekankan, “Affiliate paling memahami audiens mereka. Bila mereka berkongsi cara produk kami digunakan dalam kehidupan sebenar, ia membina kredibiliti yang tidak boleh ditandingi oleh iklan tradisional”. Struktur AMS yang berdasarkan prestasi menjadikan strategi ini kos efektif, di mana jenama hanya membayar apabila jualan berlaku. Sepanjang tiga bulan lalu, jualan yang dijana oleh affiliate meningkat sebanyak 30%, mencerminkan pertumbuhan minat dan keyakinan pembeli terhadap jenama ini.
* Naelofar: Gabungan Pengaruh dan Pertumbuhan Strategik
Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, Naelofar sejak awal memahami bahawa pengaruh bukan sekadar soal jangkauan, tetapi mengenai kepercayaan, niat, dan pembinaan komuniti. Ketua Pemasaran Naelofar, Nadia Norzuhdy, berkongsi bahawa AMS adalah alat yang amat berguna dengan antara muka mesra pengguna yang membolehkan mereka menetapkan kadar komisen seluruh kedai dengan mudah. Strategi Naelofar tidak terhenti pada penetapan teknikal, pasukan mereka menghasilkan visual berkualiti tinggi, menjalankan kempen evergreen, dan menetapkan komisen yang kompetitif untuk menarik minat affiliate yang mencerminkan jenama.

Dalam separuh pertama tahun 2025, sebahagian besar pendapatan Naelofar di Shopee dijana melalui kandungan affiliate, dengan pulangan pelaburan mencecah 21 kali ganda menerusi AMS.
* Oxwhite: Menukar Pelanggan Setia kepada Pemacu Pertumbuhan
Oxwhite, jenama yang terkenal dengan gaya minimalis dan produk asas gaya hidup, sentiasa mengiktiraf nilai pemasaran affiliate. Satu kejadian di mana produk yang kurang mendapat sambutan berjaya habis terjual dalam tempoh semalaman setelah diketengahkan oleh seorang affiliate menerusi penstriman langsung, mencetuskan perubahan ketara dalam strategi pemasaran Oxwhite. Ketua Pegawai Eksekutif Oxwhite, CK Chang, menyedari betapa berkesannya kandungan affiliate, terutamanya apabila disampaikan oleh individu yang benar-benar menggunakan dan mempercayai produk. Jenama ini mula menumpukan perhatian kepada usaha sama dengan affiliate, khususnya dalam kalangan pelanggan sedia ada.

CK Chang menambah, “Ramai dalam kalangan affiliate kami merupakan pengguna setia sejak awal penubuhan jenama kami. Mereka bukan sekadar mempromosikan, sebaliknya berkongsi sesuatu yang mereka yakini”. Kini, affiliate menjana hampir satu perempat daripada jumlah keuntungan Oxwhite, dan pemasaran affiliate merupakan salah satu saluran dengan pulangan pelaburan terbaik bagi jenama mereka.
* Nanovet: Membina Keyakinan Pemilik Haiwan Peliharaan dengan Kisah Tulen
Sebagai jenama tempatan yang menawarkan suplemen kesihatan dan penjagaan asas haiwan peliharaan, Nanovet menyedari bahawa cabaran terbesar mereka ialah membina keyakinan dalam kalangan pengguna terutamanya pemilik haiwan peliharaan yang berhati-hati dalam mencuba produk baharu.

Pengasas Nanovet, Simon Gan, menyatakan bahawa pemilik haiwan peliharaan lebih yakin apabila mendengar pengalaman positif daripada individu yang pernah menggunakan produk tersebut. Menerusi AMS Shopee, Nanovet berjaya menskalakan keberkesanan kaedah ‘word-of-mouth’ secara digital. Satu kisah peribadi yang dikongsi oleh affiliate mengenai penggunaan suplemen minyak salmon Nanovet telah meningkatkan jualan mingguan sebanyak 40%, mendorong jenama ini untuk menggandakan pelaburan dalam program affiliate.
Peranan Shopee dalam Memperkukuh Usahasama Jenama dan Affiliate
Di sebalik kejayaan ini ialah ekosistem kandungan berasaskan prestasi yang dibangunkan oleh Shopee. Alat seperti AMS, Shopee Live, dan Shopee Video membolehkan jenama memperluas program affiliate mereka menerusi cerapan prestasi yang telus, kadar komisen yang fleksibel, serta format kandungan yang direka untuk mengoptimumkan kadar penukaran jualan. Shopee turut giat memupuk pertumbuhan ekosistem ini menerusi inisiatif seperti Shopee House—acara utama dalam kalendar affiliate yang akan berlangsung pada Sabtu, 21 Jun, sempena Shopee 7.7 Mid Year Sale. Acara ini akan menghimpunkan lebih 80 jenama termasuk Signature Market, Naelofar, Oxwhite, dan Nanovet, serta lebih 2,000 affiliate.
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, berkata, “Inisiatif ini lebih daripada sekadar promosi. Ia adalah bentuk perdagangan berasaskan hubungan, di mana affiliate membantu jenama berkembang melalui kandungan yang autentik dan hubungan yang bermakna. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan ini secara menyeluruh”.
Saksikan secara langsung bagaimana kandungan bertukar menjadi jualan pada Sabtu ini! Ketahui lebih lanjut di https://shopee.com.my/m/shopeehouse-midyearfestival.