Terkini | New

Majlis Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair Berserta Sesi Temu Mesra Simon Yam .

Majlis Pelancaran GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair Berserta Sesi Temu Mesra Simon Yam Dengan Peminat.


GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair.


Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers” iaitu fungsi urutan dwi-tangan di mana dwi-tangan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.



GINTELL juga melancarkan pembukaan “Signature Showroom” mereka yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, Lot 6.16.00. Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa iaitu sebanyak “8 ekor” untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL.



Persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Selepas persembahan tarian singa, sesi pemotongan riben, fotografi dan videografi diteruskan dengan kehadiran duta GINTELL, pihak pengurusan GINTELL serta pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur.



Sejurus selesai majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran, para tetamu dijemput turun ke aras 2, “Centre Court” untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu majlis menandatangani pengendorsan duta antara Simon Yam, Artis Antarabangsa, dengan pihak GINTELL, majlis pelancaran kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, perkongsian testimoni dengan Simon Yam mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair, dan juga sesi “meet & greet” antara Simon Yam dengan peminatnya.


Tetamu yang hadir adalah duta GINTELL; Amber Chia, Dato’ Seri Master Chris Leong, Simon Yam bersama pengurusan GINTELL, pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur dan juga pihak media.



Selain itu, “roadshow” GINTELL akan berlangsung dari 3 Julai 2023 – 16 Julai 2023, 10pagi- 10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.