Terkini | New

Adoiii Jiwaku Cabaran Filem Pertama Arahan Steve Yap Miffest 2023

Adoiii Jiwaku Cabaran Filem Pertama Arahan Steve Yap Miffest 2023

Persahabatan dan gelak ketawa serta mesej yag ingin disampaikan penuh emosi.


Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru Kembali dengan naskah terbaharu Filem berjudul " Adoiii Jiwaku". Filem bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini.



Ia dibintangi ramai pelakon handalan Tanah air seperti:

PENGARAH - Steve Yap
Penulis Skrip - Chan Mae Si

PELAKON :
Sia - Steve Yap
Ayis - Ali Arami
Malesh - E.Ramanamohan @ Mohan
Munah - Adibah Noor Binti Mohd Omar
Sue - Amber Chia
Pablo - Pablo Amirul
Ayah - Anuar Bin Abdul Hamid
Dan ramai lagi.

*PENAMPILAN ISTIMEWA* :
Cashier - Jack Lim
Road Block Police - Chan Fong
Guru Masalah - Mark O'dea
Dato - Dennis Lau


Filem ini berkisarkan 3 rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personaliti dan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. Dalam satu peristiwa yang bermula dengan gurauan di pejabat, satu renjatan elektrik menyebabkan Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain.

Dah tentu mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan mereka terpaksa tinggal di dalam badan orang lain. Ketiga mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

Dia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan. Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.



Apa agknya peristiwa yang berlaku sehingga 3 rakan ini di timpa musibah? Dan bagaimana Mereka mengatasinya? Adakah mereka akhirnya berusahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?


Jangan lupa saksikan FILEM ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda 7 September nanti.