Terkini | New

Modachi Sasar Jualan Bernilai RM5 Juta Pada 2024 Bidang Penyediaan Kandungan Digital Punyai Pasaran Luas

Modachi Sasar Jualan Bernilai RM5 Juta Pada 2024 Bidang Penyediaan Kandungan Digital Punyai Pasaran Luas.

Modachi Sdn Bhd berpandangan positif dengan meletakkan sasaran jualan bernilai RM5 juta untuk tahun 2024. Walaupun keadaan ekonomi dilihat tidak menentu pada hari ini, namun potensi bidang penyediaan kandungan digital punyai pasaran luas untuk diperkembangkan lagi.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Faizal Zakaria (Faizal),  yakin hal tersebut tidak mustahil dicapai memandangkan bidang penyediaan kandungan mempunyai pasaran luas. Sebagai syarikat penyedia kandungan berstrategi dan juga khidmat konsultasi dalam perundingan perniagaan, Modachi menawarkan servis berkualiti tinggi kepada klien-kliennya. Melalui penceritaan (story­telling), syarikat korporat dan ­perusahaan kecil mampu memperluaskan lagi tentang pen­tingnya jenama melalui storytelling bagi bersama berada di pasaran digital terkini.


Pengalaman luas dalam bidang media sejak 2004, digunakan sepenuhnya oleh Mohd Faizal untuk melancarkan perjalanan perniagaannya pada hari ini. Bermula dengan hilang pekerjaan selepas menerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS), Faizal menubuhkan syarikat Make It Bigger Resources bersama rakan kongsi yang juga seorang Pengarah Seni bernama Norazwan Nazim pada 2018.


Pengurus Kandungan Strategik syarikat, Siti Mariam Elias berkata, melalui penceritaan yang tepat dapat mempromosikan produk serta perkhidmatan dengan lebih baik berbanding promosi yang di hasilkan tanpa rujukan atau tanpa penelitian. Kami menggunakan semua platform media sosial terkini untuk menyampaikan jenama storytelling pelanggan agar mudah diakses oleh pelanggan di pasaran.


Pelanggan pertama syarikat ini ialah seorang pengasas produk kesihatan dan kecantikan untuk melaksanakan kempen media dan pengiklanan produk. Bayaran pertama diterima adalah RM30,000. Namun pada hari ini Make It Bigger yang telah melalui penjenamaan semula sebagai Modachi Sdn Bhd telah mendapat kepercayaan syarikat korporat dengan bayaran bernilai lebih tinggi.




Platform pemasaran terbaharu seperti TikTok yang popular kini adalah peluang terbaik untuk pengusaha melengkapkannya dengan storytelling yang baik. Akan tetapi pengumpulan data base melengkapkan perniagaan bagi perniagaan yang berterusan untuk berhubungan lagi bagi memastikan kelansungan pemasaran perniagaan amat penting. Sehingga kini, lebih daripada 50 jenama syarikat telah berjaya ditingkatkan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Modachi. Ujar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Faizal Zakaria

Mengenai Mohd Faizal Zakaria
Nama : Mohd Faizal ZakariaTarikh Lahir : 27 September 1975
Tempat Lahir : Tampin, Negeri Sembilan
Umur : 45 Tahun
Keluarga : Anak kedua dari lima beradik

Kemahiran.
● Strategi dan Perancangan Media
● Krisis Pengurusan Media
● Penjenamaan
● Kepimpinan & Pentadbiran Syarikat
● Penstrukturan Organisasi

Pendidikan
● Sekolah Rendah : Sek. Keb. Lelaki Bandar, Kluang (Johor)
● Sekolah Menengah :
■ Sek. Men. Rendah Jalan Batu Pahat, Kluang
■ Sekolah Tinggi Kluang,Kluang
● 1993-1997 : Diploma Mikrobiologi, Institut Teknologi MARA (ITM)
● 1998-2002 : Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
● 2002-2006 : Sarjana, Komunikasi Massa, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
● 2017: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Kewartawanan (DLKM, JPK Secara PPT)
● 2017 : Sijil Kemahiran Pakar Industri Negara (Kewartawanan), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
● 2017 : Sijil - Train The Trainer, Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
● 2023: Ijazah Kedoktoran (PhD) Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kerjaya
Jul 2004 : Wartawan Kadet, Utusan Malaysia-Kosmo
Jul 2005 : Wartawan Gred 3, Kosmo
Jan 2007 : Wartawan Eksekutif, Kosmo
Dis 2009 : Penolong Pengarang, Kosmo! Ahad
Jun 2014 : Editor Prosesan, Kosmo!
2007-2008 : Pensyarah Sambilan, Curtin University in Limkokwing, University Of Creative Technology
2009 : Pensyarah Sambilan, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (UNIKL)
2010-2013 : Pensyarah Sambilan, UiTM Shah Alam
2011-2013 : Pensyarah Sambilan, Universiti Selangor
2012-2015 : Pensyarah Sambilan, Upper Iowa University – Malaysia Campus
2010 : Pensyarah Sambilan, Universiti SEGi
2018 : Pensyarah Sambilan, Universiti Pertahanan Malaysia (UPM)
2017 - kini : Jurulatih Korporat (Penulisan, Media Sosial & Pengucapan Awam)

Mohd Faizal kini menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Bagi beliau, pendidikan adalah satu proses berterusan yang patut dipandang tinggi oleh semua pihak.

Khidmat Profesional
Modachi Sdn Bhd berikan apa yang anda perlukan melebihi apa yang anda mahukan. sentiasa akan cari sudut pandang berbeza bagaimana setiap cerita anda akan sentiasa dihargai dan diingati masyarakat. Manakala, konsultan bertaraf global pula cukup sekadar nyatakan tujuan dan matlamat anda. Konsultan anda terbukti mahir dalam selok-belok bagaimana bermain dengan persepsi dan mencipta persepsi yang menguntungkan perniagaan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari Modachi.my. Kongsi kisah cabaran anda, Modachi sedia berkongsi idea. Hubungi hotline +60123709293.

Pejabat Operasi:
13M Jalan Tenku Ampuan Zabedah J 9/J,
40100 Shah Alam, Selangor.