Terkini | New

TIBA MASA DATUK ZAINALABIDIN RAI 4 DEKAD DALAM DUNIA SENI NEGARA

TIBA MASA DATUK ZAINALABIDIN RAI 4 DEKAD DALAM DUNIA SENI NEGARA


Berbekalkan bakat dan pengalaman menyanyi lebih 40 tahun, Konsert ‘Tiba Masa Zainalabidin’ telah dipersembahkan dengan lagu-lagu nyanyian Datuk Zainalabidin yang digarap semula penuh berseni oleh komposer terkenal Mac Chew. 




Berlangsung hampir 2 jam, Tiba Masa Zainalabidin telah diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya dengan kehadiran hampir 1,000 peminat-peminat Datuk Zainalabidin serta rakan-rakan media.




Konsert ‘Tiba Masa Zainalabidin’ terbahagi kepada 3 segmen menampilkan Datuk Zainalabidin bersama kumpulan Headwind sebagai persembahan pembukaan, diikuti segmen kedua yang menonjolkan perjalanan seni beliau sebagai penyanyi solo sebelum diteruskan dengan segmen penutup, menyaksikan Datuk Zainalabidin menyanyikan lagu ‘Tiba Masa’ yang baharu sahaja dilancarkan sempena konsert ini.





Ketahui kisah-kisah di sebalik tabir sekitar konsert ‘Tiba Masa Zainalabidin’ di laman media sosial Facebook dan Instagram @tibamasa.zainalabidin atau klik link berikut untuk pautan yang lebih pantas: https://linktr.ee/datukzainalabidin