Terkini | New

Program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit Bersama AZ Pemurah

Program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit Bersama AZ Pemurah.


Pempengaruh yang juga usahawan AZ Pemurah melaksanakan program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit bersama team AZ Pemurah yang turut mengagihkan makanan.

Pempengaruh, AZ Pemurah lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan.



Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.



“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.

Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.


“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.




Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali.

“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar. Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan. InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.


Tahniah kepada AZ Pemurah yang berjaya melaksanakan pengagihan makanan sempena penjualan yang memberangsangkan pada kempen 11.11 dan November pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman media sosial di:

Facebook : AZ Pemurah
TikTok : AZ Pemurah