Terkini | New

PROTOM BANTU MENYEMARAKKAN LAGI INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

PROTOM BANTU MENYEMARAKKAN LAGI INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA



Bagi merancak ekonomi madani dan menyemarakkan lagi sector pelancongan negara, Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) memperkenalkan satu produk pelancongan pertama di dunia yang dimanakan PROTOM (Property Tourism of Malaysia / Pelancongan Hartanah Malaysia).

Apa itu PROTOM ?

Fundamental Property Tourism of Malaysia ini selari dengan industri pelancongan. Ringkasnya dibahagikan seperti berikut:

a. Pelancong Domestik - Penjualan rumah dan tanah untuk orang dalam Malaysia
b. Inbound — Warga dari luar negara boleh beli rumah sahaja di Malaysia (MM2H)
c. Outbound

 



Warga Malaysia boleh beri rumah di mana sahaja mengikut syarat negara tersebut.

Peluang sememangnya banyak untuk berniaga rumah atau bangunan boleh di sewa untuk buat Air B & B atau untuk pelancong seperti sewa Chalet, Homestay dan sebagainya.

Sempena pelancaran PROTOM ini kita juga memberi peluang kepada semua agensi pelancongan untuk sesiapa sahaja yang berminat daftar dengan MiTDA untuk mula jual rumah atau hartanah. MITDA akan membantu mereka serta membimbing mengikut peraturan terma dan syarat yang mematuhi undang-undang negara khususnya dalam proses jual beli hartanah kerana hanya agensi yang mempunyai lessen sahaja boleh melakukan transaksi ini.

Pada masa akan datang pihak MITDA akan bekerja sama dengan MOTAC bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar sekali gus menjayakan lagi program MM2H yang diuruskan oleh pihak MOTAC.

Di samping itu Santai Travel akan memain peranan menyenaraikan semua perkara yangmelibatkan hartanah serta penjualan, sewa rumah dll untuk rakyat manafaat dari PROTOM ini.

MITDA juga beri peluang kepada travel agent untuk daftar dengan MiTDA untuk program GEMs yang membolehkan mereka membuat tempahan bilik hotel di seluruh dunia pada harga yang cukup istimewa.