Terkini | New

GoodMorning Global Group melancarkan Wondermeat iaitu daging berasaskan tumbuhan pemakanan lengkap campuran pertama di Malaysia

GoodMorning Global Group melancarkan Wondermeat iaitu daging berasaskan tumbuhan pemakanan lengkap campuran pertama di Malaysia



Tahniah kepada Syarikat teknologi makanan tempatan, GoodMorning Global Group Holdings Berhadsecara rasmi melancarkan daging berasaskan tumbuhan atau plant-based meat (PBM) pemakanan lengkap campuran yang pertama di Malaysia. Syarikat menjangkakan pelancaran ini akan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk pilihan makanan berasaskan tumbuhan.


Produk makanan yang didatangkan dalam bentuk serbuk dan dinamakan ‘WonderMeat’ ini sudah pun memperoleh pencapaiaan tersenarai dalam The Malaysia Book of Records.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi, yang menjadi tetamu kehormat pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, memuji GoodMorning Global atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang bioteknologi makanan.



Beliau menambah, "Saya yakin produk protein alternatif Malaysia seperti WonderMeat akan dapat berkembang dalam pasaran global dan bersaing dengan jenama yang lebih mantap, seterusnya memberi inspirasi kepada pembangunan yang selanjutnya bagi penyelesaian makanan yang mampan."


“Kami percaya bahawa teknologi makanan mempunyai potensi yang tidak terhad dan membuka jalan bagi kehidupan yang lebih sihat dan lebih lengkap. Wondermeat bukan sekadar produk makanan malah menjadi satu lonjakan ke arah masa depan yang mampan,” kata pengerusi eksekutif dan pengasas GoodMorning Global Group, Dato’ Dr Lim Sin Boon.




Beliau menambah, "Komitmen kami terhadap kesejahteraan telah membawa kepada penciptaan pengalaman kulinari yang lazat dan mampu milik yang menyediakan protein berasaskan tumbuhan dengan pemakanan yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan harian kita!"


WonderMeat sebagai produk daging berasaskan tumbuhan dibangunkan untuk meniru rasa dan tekstur daging haiwan, bukan sahaja memberi para pemakan sayuran dan vegan dengan opsyen yang lebih luas dalam pilihan makanan, tetapi juga satu perubahan yang secara asasnya akan mengubah cara orang melihat daging dengan menukar industri daging kepada industri yang berasaskan tumbuhan. Perkembangan ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada protein haiwan untuk mencapai keselamatan makanan dan matlamat iklim.



Dengan keupayaan pengangkutan yang diperkemas, hayat simpan yang lebih lama, kos serta jejak karbon yang lebih rendah, serbuk WonderMeat mengubah industri makanan untuk menjadi lebih mampan. Dengan tekstur daging yang asli, kemudahan dan harga mampu milik, produk ini menandakan era baharu dalam inovasi kulinari.



WonderMeat diperbuat daripada soya dan kacang pis serta kaya dengan serat makanan dan protein. Ia juga diperkaya dengan CaHMB dan 28 jenis vitamin dan mineral bagi memastikan pemakanan yang lengkap dalam setiap hidangan.

Penghasilan inovasi WonderMeat dicapai berikutan beberapa kejayaan awal. Pada bulan Julai, syarikat telah memperoleh dana sebanyak RM20 juta (AS$ 4.4 juta) daripada 1,046 pelabur dalam kempen pendanaan ramai ekuiti untuk memacu penyelidikan bioteknologi dan teknologi makanan syarikat ke peringkat yang lebih jauh lagi. Manakala, pada bulan Mac, minuman pemakanan berasaskan tumbuhan GSure keluaran syarikat telah mendapat kelulusan Pusat Keselamatan dan Kualiti Makanan Kesultanan Oman.




GoodMorning Global adalah syarikat teknologi makanan dan  multigrain dengan tumpuan kepada makanan dan minuman yang sihat. Syarikat  memasarkan pelbagai jenis produk termasuk GoodMorning VPlus 18 Grains. Dengan  memegang falsafah 'berkhasiat juga boleh lazat’, syarikat komited untuk mengubah industri  makanan dengan menggunakan bioteknologi untuk membangunkan penyelesaian makanan  berasaskan tumbuhan yang mampan, sihat dan inovatif.

Tahniah sekali lagi di atas Pelancaran Perdana produk Wondermeat, tersenarai dalam Malaysia Book of Records untuk The first dry mix complete nutrition plant based meal in Malaysia dan pakej menu rahmah.

Untuk naklumat lanjut sila layari laman wen dan laman sosial media di https://www.goodmorning.com.my

@goodmorningglobal
#GoodMorning18Grains#WonderMeat #WonderLife #Malaysianbookofrecord