Terkini | New

MAJLIS PELANCARAN UMRAH I'TIKAF RAMADAN BERSAMA DATO ' NASH.

MAJLIS PELANCARAN UMRAH I'TIKAF RAMADAN BERSAMA DATO ' NASH.


Majlis Pelancaran Umrah I'tikaf Ramadan bersama Dato' Nash yang julung kalinya dianjurkan oleh AsShams Travel & Tours Sdn . Bhd ( AsShams ). Majlis ini diserikan dengan kehadiran figura - figura yang terdiri daripada agamawan dan selebriti yang turut sama terlibat dalam menjayakan program Umrah I'tikaf Ramadan pada tahun ini. Di antaranya adalah Maulana Wan Helmi, Maulana Abdul Ghani, Maulana Dr. PU Taha, Haji ljam ( Medicine ) dan Saharul Ridzwan disamping para tetamu VIP AsShams yang lain.



Objektif pelancaran Umrah I'tikaf Ramadan ini adalah bagi memperkenalkan pilihan pakej Umrah Ramadan dan tawaran menarik yang disediakan oleh AsShams disamping memperkenalkan kepada umum figura - figura terkenal yang akan bekerjasama dengan AsShams di dalam program Umrah I'tikaf Ramadan pada kali ini dengan matlamat ingin mendekatkan lagi Masyarakat kepada agama melalui program Umrah, mengajak Masyarakat untuk cintakan junjungan besar Rasulullah SAW dengan menziarahi baginda dan rindukan Tanah Suci melalui agamawan dan selebriti - selebriti yang berpengaruh.




Maka pemilihan Dato' Nash sebagai Duta AsShams adalah satu pilihan yang sangat tepat di mana , personaliti Dato ' Nash seorang legenda muzik tanahair yang sangat terkenal dapat berkongsikan peluang ini kepada peminatnya yang terdiri dari semua golongan masyarakat dan lapisan umur.  Dato' Nash yang kini lebih banyak melibatkan diri dalam program - program dakwah dan kebajikan sosial, melihat usahasama dan program ini sebagai satu lagi platform yang baik bagi beliau untuk meluaskan lagi dakwah dan perkongsian pengalaman beliau kepada Masyarakat.

Disamping itu juga, pemilihan figura - figura lain juga sangat bertepatan dengan kapasiti masing masing sebagai individu berpengaruh di dalam Masyarakat dapat merancakkan lagi program Umrah I'tikaf Ramadan pada kali ini . Maulana Wan Helmi, adalah seorang murabbi dan Pengasas Madrasah An Nabawiyah serta seorang pendakwah bebas yang sangat aktif menjalankan dakwah dikalangan golongan artis, Masyarakat luar bandar, gangster dan sebagainya. 




Beliau juga banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kebajikan sosial dan dakwah di dalam dan di luar negara Maulana Abdul Ghani pula adalah Penasihat Syariah AsShams dan juga seorang pendakwah bebas yang sangat terkenal di Utara Semenanjung Malaysia . Beliau juga banyak terlibat dalam usaha dakwah di dalam dan luar negara.

Maulana Dr. PU Taha, seorang pendakwah selebriti yang sangat dikenali menerusi beberapa program TV terutamanya Pencetus Ummah , juga seorang usahawan yang berjaya di dalam rangkaian sekolah pendidikan awal ; Haji ljam bekas penyanyi kumpulan rock era 90an yang sangat popular dengan lagu ' Tika dan Saat Ini ' bersama Kumpulan Medicine,  kini seorang pendakwah bebas dan instructor selam yang professional serta Saharul Ridzwan, seorang pelakon drama popular yang kini menjadi usahawan produk kesihatan dan memiliki jutaan pengikut di media sosial.



Pada tahun 1445 Hijrah ini , AsShams telah mensasarkan untuk menerbangkan lebih daripada 3,000 jemaah. Program Umrah I'tikaf Ramadan ini adalah salah satu daripada pelbagai program yang telah dilancarkan oleh AsShams sepanjang tahun ini dengan mensasarkan seramai lebih 1,500 jemaah untuk menunaikan Umrah bersama AsShams pada bulan Ramadan tahun ini . Bagi memastikan matlamat ini tercapai, AsShams telah menjalinkan usahasama dengan figura - figura terkenal ini di dalam beberapa pakej.




Antara yang menarik tentang pakej ini adalah :

1. Harga pakej yang sangat menarik , kompetitif dan sangat mampu milik.
2. Hotel penginapan yang dekat di Mekah dan Madinah sekitar 50 hingga 580 meter dari masjid.
3. Diskaun RM400 untuk 10 pendaftaran terawal dengan deposit RM3000, serta berpeluang menaiki High Speed Train sehala bernilai RM350 secara percuma bagi pendaftaran sebelum 30 November 2023.
4. Program - program kerohanian dan ziarah yang telah disusun khusus sebagai pengisian oleh maulana - maulana dan pembimbing Umrah AsShams yang sangat berpengalaman dan alim.
5. Penggunaan Visa Umrah dimana terdapat pelbagai kelebihan termasuk pelindungan kesihatan dan Nusuk untuk memasuki Raudhah serta mendapat air zam zam secara percuma.

Semoga dengan pelancaran ini, Asshams Travel dapat membantu bakal jemaah ke Tanah Suci.

Website Asshams Travel : https://www.asshams.com/


Boleh klik link dibawah untuk maklumat lanjut, pegawai kami akan membantu


Jom join komuniti SAHABAT ASSHAMS : https://chat.whatsapp.com/LEhWDkm5kHh6cIXHOLxz2P


#ingatumrahingatasshams