Terkini | New

PENDEKAR AWANG DARAH INDERA GAJAH BAKAL MENEMUI PEMINAT 11 JANUARI 2024

PENDEKAR AWANG DARAH INDERA GAJAH BAKAL MENEMUI PEMINAT 11 JANUARI 2024


Tayangan perdana filem terbitan Studio Kembara yang berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah yang cukup meriah ini akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara bermula pada 11hb Jan 2024.


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah sudi mencemar duli untuk menyaksikan tayangan perdana ini di GSC IOI Citi Mall, Putrajaya. Kesudian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kami merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ke Bawah Duli Tuanku.



"Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengamal media yang sudi bersama-sama pada majlis untuk menyaksikan sendiri tayangan ini dan membuat liputan. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan atau prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan dibikin pada masa hadapan kelak. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon terkenal dan yang sedang meningkat naik. Dengan barisan pelakon yang mantap serta kandungan cerita yang menarik," Ujar TN. HJ. ABDUL RAHMAN MT DALI Pengerusi Eksekutif /Penerbit Studio Kembara.



Seperti yang dinyatakan sebelum ini konsep hiburan Studio Kembara adalah menyajikan hiburan bermanfaat untuk seisi keluarga. Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala Serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda.




PENGENALAN.
Sejarah ditulis oleh tangan yang menang. Kisah ketika penjajahan British di bumi Pahang, Filem
Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak 12juta ringgit. British memburu Tok Gajah dan Awang mesti segera menyelamatkannya dari ditangkap dan
dibunuh.

SINOPSIS
Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang
menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?




WATAK DAN PELAKON
Awang Fattah Amin
Sayang Nur Fazura
Tahir Nadhir Nasar
Tok Gajah Wan Hanafisu
Hj. Sulong Nam Ron
Andak Amir Ahnaf
Siti Heliza Helmi
Minah Hazwani Helmi
Besah Tissa Biani
Tobah Amerul Affendi
Kapten Syers Geoff Andre Feyaerts
Kodi Hasnul Rahmat
Jalak Ruzaidi Rahman
Nadim Syed Ali Murtadha
Brahim Ali Karimi

KREW PRODUKSI
Penerbit Eksekutif Abdul Rahman Dali
Penerbit
Abdul Rahman Dali
Ismail Mohd Dali
Pengarah
Shahruddin Dali
Saiful Reza
Cerita Asal & Lakun Layar
Shahruddin Dali




Filem kali ini juga turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanahair. Saya mengesyorkan seluruh rakyat Malaysia untuk datang menonton beramai-ramai bersama keluarga. Filem ini mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menghibur sambil menyuntik inspirasi kepada seluruh lapisan penonton lelaki dan wanita. 


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial media Studio Kembara.