Terkini | New

Kejutan Yang Menyegarkan! Calpis Soda dan filem terbaharu 'The Experts'.

Kejutan Yang Menyegarkan! Calpis Soda dan filem terbaharu 'The Experts'.


Calpis Soda, dengan kerjasama Astro Shaw, baru-baru ini telah melancarkan iklan TV rasmi untuk “The Experts”, sebuah filem aksi yang ditunggu-tunggu yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle dan Remy Ishak, filem ‘heist’ ini diarahkan oleh sutradara Andre Chiew.

Calpis Soda adalah jenama Susu Kultur dan Soda pertama di Malaysia yang menawarkan keunikan dan kesegaran dalam setiap teguk, hasil karbonasi inovatif pada minuman susu kultur.

Diformulasi dengan Actigest, minuman susu kultur berkarbonat ini juga bebas lemak, untuk
memberi kebebasan menikmatinya tanpa rasa bersalah. Sebagai satu alternatif kepada minuman ringan berkarbonat biasa, Calpis Soda memikat selera penggemarnya menerusi minuman bersusu berkarbonat; dan ini telah mengukuhkan kedudukannya di pasaran sebagai pilihan utama bagi mereka yang menggemari minuman sihat yang menyegarkan.

Hasil kerjasama terbaharu dengan Astro Shaw, Calpis bukan sahaja telah menambah keterujaan konsumer terhadap jenamanya, tetapi juga menarik perhatian peminat filem tempatan. Ia telah mempertemukan dua jenama yang luar biasa, sejajar dengan tenaga dinamik filem yang dinanti-nantikan itu. Perkongsian ini memacu langkah strategik Calpis dalam memperluaskan jangkauan pelanggannya, serta menghubungkan DNA jenamanya dengan kreativiti dan keseronokan menonton filem di pawagam -- satu perjalanan yang mencerminkan kemeriahan dan kegembiraan yang ada dalam setiap teguk Calpis Soda.

Sebagai sebuah jenama yang telah berada di pasaran selama lebih 100 tahun, Calpis kini berjaya menggabungkan warisan sejarahnya dengan inovasi kontemporari untuk pelanggan hari ini.

Kerjasama yang julung-julung kali diadakan ini melangkaui penceritaan di antara jenama dan filem "The Experts" yang rata-rata dijangkakan bakal “pecah panggung”. Menampilkan bakat-bakat terbaik, kolaborasi ini bertindak sebagai nadi yang menggabungkan produk dan plot menerusi kreativiti and seni perfileman. Sejajar dengan tema filem tersebut, iklan TV terbaharu ini juga memaparkan adegan yang memikat, seperti rasa Calpis Soda itu sendiri. Penceritaan yang menarik ini bukan sahaja mampu mempertingkatkan kerjasama ini, tetapi juga memberi nafas baharu kepada Calpis Soda dengan elemen seni perfileman.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, berkongsi inspirasinya di sebalik strategi ini: "Calpis bukan sahaja peneraju inovasi dalam portfolio minuman tetapi juga perintis inisiatif baharu dalam bidang-bidang lain. Daripada penceritaan yang menarik kepada intipati produk menerusi iklan TV, kerjasama ini bukan sekadar perkongsian ringkas; ia adalah gabungan kreativiti, rasa dan filem yang telah diolah dalam satu keadaan yang harmoni.”

Kerjasama di antara Calpis Soda dan Astro Shaw menerusi iklan TV ini juga menggambarkan satu sinergi unik yang mengubah norma pengiklanan konvensional dalam mencipta kesan yang mendalam pada penonton. Beliau juga menjelaskan: "Kerjasama dengan 'The Experts' Astro

Shaw ini membolehkan kami menggambarkan jenama ini melalui medium yang menyentuh hati dan mencetus imaginasi. Iklan TV eksklusif yang bertajuk ‘Operasi Fizz’ ini menampilkan pelakon-pelakon ‘The Experts’, Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap, yang telah mamp menghidupkan misi ‘heist’ yang mendebarkan bilamana mereka perlu menuntut semula minuman Calpis Soda. 

Skrip iklan ini juga telah menggabungkan rasa minuman dengan keunikan filem ‘The Experts’ itu sendiri. Di Calpis Soda, kami berbangga kerana telah merintis pendekatan interaktif dan inovatif dalam mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan pengalaman yang mengujakan untuk semua pengguna kami”.

Penerbit Eksekutif “The Experts” dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata: "Astro Shaw sememangnya terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menambah baik dan memperkukuhkan filem kami. 

Kami percaya terdapat banyak aspek kreatif yang boleh diterokai menerusi filem dengan menggabungkan jalan cerita kami dengan versi komersial untuk sesuatu produk. Kami juga membawa dua industri dalam usaha meningkatkan promosi untuk kedua-dua belah pihak. Dengan pelancaran iklan khas Calpis Soda, kami berharap filem tersebut akan dibawa kepada khalayak yang lebih luas. Kerjasama seumpama ini mampu menetapkan penanda aras baharu dalam menghasilkan rangka kerja pemasaran yang lebih kreatif dan inovatif."


Dengan jalan cerita yang menarik dan dinamik, “The Experts”, yang bakal menemui penonton pada 23 Mei 2024, mencerminkan tenaga dan semangat luar biasa seumpama Calpis Soda, pilihan yang digemari rakyat Malaysia.

Dalam usaha mencipta pengalaman mengasyikkan di luar skrin, Calpis Soda menjemput penonton ke dunia yang dipenuhi dengan keseronokan dan kreativiti, bertemakan Calpis. 

Untuk merealisasikan keajaiban filem tersebut, penonton yang menonton iklan TV ini bakal mendapat kejutan! Selepas menonton iklan tersebut, peminat Calpis Soda boleh menebus satu tin Calpis Soda percuma melalui aplikasi My 7-Eleven (selagi stok masih ada).

Alami gabungan tradisi dan inovasi yang menyegarkan dengan Calpis Soda hari ini -- di peruncit seluruh negara termasuk di 7-Eleven, Shell, MyNews, Petron, Petronas, Caltex dan banyak lagi!

Untuk menonton treler dan mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi ini, sila layari laman Facebook and Instagram Calpis Soda sekarang.