Terkini | New

Konsert Amal “the Legends” Bersama Persatuan Karyawan

Konsert Amal “the Legends” Bersama Persatuan Karyawan

Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan telah menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan Karyawan. 


Persatuan ini bergiat aktif dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang dalam kesusahan terdiri dari golongan belakang tabir, individu yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam pelbagai aktiviti karya seni di Malaysia.



Turut berminat dalam membantu golongan yang telah berjasa dalam dunia seni ini, VIT’S sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975 telah mengambil inisiatif positif dengan membantu memberi bantuan dana sejumlah RM 50,000 (lima puluh ribu ringgit Malaysia) kepada Persatuan Karyawan Malaysia.



“VIT’S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni, serta memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan menyumbang jasa dalam bidang seni’, kata Pengarah Eksekutif, En YT Lai.


Selain itu juga, VIT’S telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu ahli persatuan ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim dan menghasilkan sebuah produk Kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu pada makan malam amal.


Dengan pembelian Ramen Asam Laksa Ibu ini, RM 1.00 akan didermakan kepada Persatuan Karyawan dan diharap agar orang ramai dapat membeli produk terbaru ini sambil beramal dan juga berharap agar inisiatif ini dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.

Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkan oleh Tetamu Kehormat TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT'S Encik YT Lai dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim di Konsert Malam Malam Amal ini.







Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah menyatukan penyanyi-penyany! lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Dato’ Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri dari penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert ini.






Majlis turut memberikan sumbangan kepada artis veteran atau waris mereka kepada lima menerima sumbangan dari TYT Tun Ali sebagai tanda terima kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbang kepada kejayaan majlis. Antara penerima sumbangan adalah Penyanyi Legenda Zaiton Sameon, Pelakon terkenal Mak Jah, Pelawak tersohor Isma Aliff, Komposer Encik Ross Ariffin dan anak kepada Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.