Terkini | New

Festival Auto Dan Gaya Hidup Malaysia 2025 Menuju Ke Sepang.

Festival Auto Dan Gaya Hidup Malaysia 2025 Menuju Ke Sepang MALF2025

Sambutan Penuh Aksi Yang Menggabungkan Kelajuan, Budaya Dan Komuniti


Bakal Kembali Acara automotif yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, yang menggabungkan kelajuan, gaya dan identiti budaya, kini memecut ke tahap maksimum. Kemuncak Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari penuh aksi pada 14 & 15 Jun 2025. Acara ini menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga.


Tidak seperti ekspo automotif biasa, MALF 2025 adalah festival tempatan yang meraikan identiti 1Malaysia di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional yang mewakili semua etnik utama di Malaysia. Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. 

Peminat juga boleh menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit. Kemasukan ke Festival Automotif & Gaya Hidup Malaysia 2025 adalah percuma untuk dinikmati oleh semua.


Kemeriahan tidak terhenti di litar sahaja. Edisi tahun ini menyediakan pelbagai citarasa makanan di bazaar, menampilkan suasana hebat dan gaya hidup yang penuh dengan keceriaan. Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia  termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri.


“Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini: sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,” jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.

Pengaruh Serantau yang Kian Meningkat

MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau, dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.

Keluarga Diutamakan, Festival Tanpa Henti

Bukan hanya untuk peminat permotoran, MALF 2025 juga destinasi terbaik untuk pilihan keluarga. Festival ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan selesa untuk semua pengunjung. Terdapat zon kanak-kanak dan ruang eksklusif wanita lengkap dengan urutan serta penjagaan kuku, serta suasana meriah yang menampilkan produk tempatan, fesyen, dan pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman.


Tiket boleh dibeli di MALF.my sambil meraikan Hari Bapa dengan penuh bermakna pada hujung minggu ini! Layari @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk informasi terkini berkaitan festival ini. Jun ini, bukan enjin sahaja dihidupkan malahan menggerakkan semangat baharu!