Terkini | New

Kempen "Skin Protection, Life Perfection" KAO Malaysia Mempromosikan Amalan Kesihatan Kulit Sepanjang Hayat, Bermula dari Zaman Remaja

Kempen "Skin Protection, Life Perfection" KAO Malaysia Mempromosikan Amalan Kesihatan Kulit Sepanjang Hayat, Bermula dari Zaman Remaja

Kempen Bertujuan Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Kulit dan Menyokong Rejimen Penjagaan Kulit Lengkap Melalui Ekosistem Kolaboratif dengan Kerjasama Watsons


Dari Kiri: Ms. Tan Poh Ling, Vice President of Marketing KAO Malaysia, Ms. Caryn Loh, Managing Director Watsons Malaysia and COO Health & Beauty Asia, Mr. Yamazaki Hirobumi, President of KAO Malaysia dan Yang Berhormat Puan Jamaliah​Binti Jamaluddin, Selangor State EXCO Public Health & Environment

KAO Malaysia dengan kerjasama Watsons, hari ini telah melancarkan kempen “Skin Protection, Life Perfection”, bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk amalan perlindungan kulit sebagai asas kepada kesihatan dan keyakinan diri sepanjang hayat. Kempen ini memperkenalkan ekosistem kolaboratif yang menggabungkan penyelesaian penjagaan kulit Bioré, dengan program berasaskan ganjaran Watsons untuk meningkatkan kesedaran terhadap faedah amalan perlindungan dan pemeliharaan kesihatan kulit sepanjang hayat. Ekosistem ini juga akan menyokong kegiatan penyelidikan kesihatan kulit di Malaysia melalui peruntukan derma bernilai 1% daripada keseluruhan hasil jualan kempen.



"Pihak kami percaya bahawa amalan perlindungan kulit bukanlah sekadar rutin harian sahaja. Ia adalah asas kepada kehidupan yang baik, di mana setiap amalan penjagaan kulit berupaya membentuk hari esok yang penuh berkeyakinan lagi berseri. Kempen yang berteraskan Bioré ini mengunjur satu mesej yang menggabungkan pencapaian sains, kepercayaan swacinta, dan memiliki kulit yang sihat. Inisiatif ini juga mencerminkan matlamat KAO untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kehidupan yang indah dan sihat – selaras dengan falsafah Pelan Gaya Hidup Kirei kami,” kata Encik Yamazaki Hirobumi, Presiden KAO Malaysia.



Perlindungan Kulit, Kesempurnaan Hidup

Majlis pelancaran kempen “Skin Protection, Life Perfection” ini menampilkan barisan pakar industri dalam satu perkongsian yang dibuka dengan ucaptama oleh Profesor Madya Ahli Kimia Dr. Noraini dari Jabatan Kimia Universiti Malaya. Semasa pembentangannya yang bertajuk "Sains Di Sebalik Ramuan Penjagaan Kulit Berkesan: Mengapa Formulasi Penting?", beliau telah memberi huraian terperinci dengan ulasan saintifik kesan jangka panjang perlindungan kulit terhadap kesihatan dermatologi. Ia kemudiannya diikuti dengan demonstrasi rejimen penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut kumpulan umur yang berbeza oleh Dr. Lim Ing Kien, Pengarah Urusan, dari Ventamin. Kedua-dua pembentangan tersebut mengukuhkan mesej teras kempen: Perihal kesihatan kulit memerlukan pendekatan yang disesuaikan mengikut peringkat kehidupan, bermula dari usia muda.

Untuk melindungi kesihatan kulit dan keyakinan diri pengguna daripada ancaman sinaran UV, haba dan habuk, KAO mengesyorkan pendekatan penjagaan kulit "Cleanse. Protect". Pendekatan ini menjadi dasar rejim penjagaan kulit yang mudah diamalkan lagi berkesan. Rangkaian produk Bioré menggabungkan produk pembersihan mesra pengguna dengan formulasi penyekat UV berprestasi tinggi untuk membina daya tahan kulit secara konsisten, secara langsung menyokong gaya hidup pengguna untuk menempuh cabaran hidup seharian dengan penuh kepastian, keselesaan dan berkeyakinan diri.




Memupuk Tabiat Yang Lebih Sihat Secara Bersama

“Watsons berbangga bekerjasama dengan KAO Malaysia dalam kempen “Skin Protection, Life Perfection”, sejajar dengan misi kami untuk meluaskan akses kesihatan dan kesejahteraan kepada semua. Melalui rangkaian kedai yang luas, platform kesetiaan pelanggan, serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat berterusan seperti kerjasama terkini bersama Universiti Malaya, KAO Malaysia komited memupuk tabiat positif dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berharap kami bersama KAO Malaysia dapat mendorong lebih ramai individu untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan kulit mereka, dari sekarang ke jangka masa yang akan datang, kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia bagi AS Watsons. "


Sebagai rakan kongsi peruncit rasmi kempen ini, Watsons akan menawar insentif yang menarik untuk mempromosikan perlindungan kulit setiap hari di kalangan pengguna. Dari Mei hingga Ogos 2025, pengguna boleh menebus pelbagai ganjaran melalui program kesetiaan Watsons:

Program ‘W Rewards’: Tebus Bioré Guard MOS Block 50g dengan 500 mata Watsons
Program ‘E-Stamp’: Kumpul setem untuk menebus produk Bioré termasuk Bioré Guard MOS Block 50g, Bioré UV Aqua Rich Aqua Protect Mist 60ml dan Tone Up Essence 70g

Kempen ini selaras dengan komitmen menyeluruh oleh KAO Malaysia terhadap kesihatan masyarakat, yang dicerminkan oleh beberapa program kesedaran awam yang masih lagi berlangsung dengan kerjasama rakan kongsi yang lain. Ini termasuk projek "Guard Our Future" - satu kempen pencegahan denggi holistik yang merangkumi bengkel pendidikan, sumbangan produk dan aktiviti gotong-royong di Selangor. Usaha ini disokong oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang giat mentadbir-urus program pencegahan denggi di seluruh negeri.

Aktiviti Promosi Kempen

Tempoh kempen: 6 Mei hingga 25 Jun 2025
Pembelian mana-mana produk Bioré atau Bioré Guard (tidak termasuk produk Men’s Bioré) bernilai RM80 dan ke atas dalam satu transaksi di mana-mana kedai Watsons melayakkan anda untuk menebus 400 PIN Muat Semula eWallet Touch ‘n Go bernilai RM25.

Promosi ini adalah sah bagi pembelian dalam talian di Watsons e-Shop

Untuk maklumat lanjut tentang promosi kempen ataupun cawangan Watsons Malaysia yang terlibat, layari laman sosial rasmi berikut: