Terkini | New

MUAH! Kembali Dengan Single Kedua Berjudul KAJANG

MUAH! Kembali Dengan Single Kedua Berjudul KAJANG

Lagu cinta tiga segi dengan twist yang catchy dan penuh drama


Selepas single sulung Boy Best Friend (BBF), kumpulan MUAH! kini muncul dengan karya terbaharu yang lebih berani dan menghiburkan berjudul KAJANG. Lagu ini telah menemui para peminat di semua platform digital pada 9 Mei 2025 lalu menerusi kerjasama dengan Sony Music Malaysia.


Kumpulan MUAH!, yang terdiri daripada lima bakat muda – Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram), dan Ayai (Keyboard) meneruskan momentum mereka dengan lagu penuh karakter dan emosi remaja masa kini.

KAJANG mengangkat tema cinta tiga segi yang rumit, namun disampaikan dengan gaya bersahaja, lucu dan penuh ironi. Lirik seperti “Alaaa bodo aku kantoi lagi sekali” dan “Macam mana aku nak twist story ini” menggambarkan kekalutan cinta yang dialami si pencerita, menjadikan lagu ini relatable kepada generasi muda yang sering terjebak dalam situasi percintaan penuh drama.


Lagu : “Kajang”
Artis : MUAH!
Komposer : Naim Daniel, Mairil Hafiz, Zenith Akirae , Tasneem
Bolhassan, Ayai Zafri
Penulis Lirik : Naim Daniel, Mairil Hafiz
Producer : Max Musa

Memang mantap layan lagu-lagu zaman remaja bersama kawan-kawan dan BFF korang semua. Jangan lupa untuk strim dan kongsi KAJANG di semua platform digital kegemaran anda.