Klasik Ke Masa Depan Xr: Festival Budaya Filem China-Malaysia Ke-2 Kini Dirasmikan Penuh Gaya Bersama Sesi Pengenalan Xr
Klasik Ke Masa Depan Xr: Festival Budaya Filem China-Malaysia Ke-2 Kini Dirasmikan Penuh Gaya Bersama Sesi Pengenalan Xr
Dimulai dengan karya bisu ikonik yang telah diperbaharui The Goddess (1934)“, sebuah Filem epik fantasi “Creation of the Gods“, dan kebanggan Malaysia “Guang“.

Edisi kedua Festival Budaya Filem China-Malaysia secara rasminya telah dibuka hari ini di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Festival ini juga merupakan anjuran bersama GSC International Screens dan China Film Archive, dan dengan bangganya dibawakan oleh Trico Group dan Hong Jun Capital.

Festival tahun ini menghimpunkan barisan karya sinematik yang memukau dari kedua-dua negara daripada filem warisan yang telah di baik pulih (restored) dan hits kontemporari hinggalah kepada forum yang meneroka persilangan sinema dengan kaedah terbaharu XR dan AI dengan menawarkan pertukaran budaya melalui bahasa universal filem.

Majlis perasmian yang gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, dan Dato’ Azmir Saifuddin Bin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, bersama para tetamu kehormat dari sektor filem dan budaya. Festival ini akan berlangsung sehingga 8 Jun dan ditayangkan serentak di GSC Gurney Plaza Pulau Pinang, dalam meneruskan sambutan pertukaran budaya menerusi dialog sinematik.

Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Penganjur, Encik Aron Koh berkata, “Festival ini menyediakan platform unik untuk para pembikin filem, profesional industri dan peminat muda dari kedua-dua negara untuk berkongsi minat dan perspektif mereka. Melalui dialog dan kerjasama, ia menyerlahkan kuasa sinema dalam meraikan kepelbagaian dan merapatkan jurang budaya. Setiap filem dalam barisan kami telah dipilih dengan teliti bagi mencerminkan kekayaan warisan sinematik dan suara unik masa kini.”

Program tahun ini bakal menampilkan pelbagai sorotan istimewa antaranya: Filem bisu klasik tahun 1934 The Goddess yang telah dibaikpulih, dengan dibintangi oleh legenda layar Ruan Lingyu, yang kekal sebagai karya utama dalam sejarah filem China. Komedi klasik Hong Kong It’s a Mad, Mad, Mad World turut dibawakan kembali ke layar perak, bagi menggambarkan semangat zamannya. Filem pecah panggung terkini dari China seperti Creation of the Gods I: Kingdom of Storms dan Creation of the Gods II: Demon Force turut ditayangkan bersama komedi romantik Honey Money Phony dan filem thriller A Place Called Silence, semuanya memaparkan kepelbagaian sinema komersial China.

Bagi Negara Malaysia, filem-filem yang diiktiraf seperti Guang, Sepet, dan Blooms of Happinessm akan mewakili penceritaan yang menyentuh hati dan begitu dekat dalam budaya tempatan, membawakan elemen yang mampu menjiawai sekaligus memperlihatkan suara sinematik tempatan.


Selain tayangan filem, festival ini turut menganjurkan program industri khas termasuk forum berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pembikinan filem, serta bengkel lakonan yang dikendalikan oleh pengarah tersohor Hong Kong, Clifton Ko. Platform ini memberikan pandangan penting tentang bagaimana teknologi yang berkembang sedang mengubah cara penceritaan di seluruh Asia.
Lomo Pictures turut mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang bersama Beijing Tianying Holdings Group Co., Ltd., dengan rancangan untuk membangunkan produksi bersama XR (Realiti Terimbuh) yang pertama antara China dan Malaysia. Ini menandakan satu chapter terbaharu dalam kerjasama rentas negara dalam bidang teknologi filem, sekaligus memperkukuhkan lagi peranan Malaysia di pentas kreatif global.

Selepas edisi Malaysia ini, festival ini akan menjelajah ke Xi’an, China, memperluas dialog dan jambatan budaya merentas sempadan. Semua tiket filem festival ini dijual dengan hanya RM10 dan boleh didapati melalui laman web rasmi GSC, aplikasi mudah alih GSC, atau kiosk layan diri di pawagam GSC terpilih. Untuk maklumat terkini dan pengumuman, ikuti festival ini di Facebook dan Instagram.
Pilihan Rasmi – Festival Budaya Filem China-Malaysia ke-2:
# Tajuk (Inggeris) Tajuk (Cina) Negara Pengarah Tahun
1 The Goddess 神女 China Wu Yonggang 1934
2 It’s a Mad, Mad, Mad World 富贵逼人 Hong Kong Clifton Ko 1987
3 Creation of the Gods I: Kingdom of Storms 封神第一部:朝歌风云 China Wuershan 2023
4 Creation of the Gods II: Demon Force 封神第二部:战火西岐 China Wuershan 2025
5 Honey Money Phony 骗骗喜欢你 China Su Biao 2024
6 A Place Called Silence 默杀 China Sam Quah 2024
7 Guang 光 Malaysia Quek Shio Chuan 2018
8 Sepet 单眼皮 Malaysia Yasmin Ahmad 2004
9 Blooms of Happiness 新年·奇迹号 Malaysia Ryon Lee 2025
Semua tiket filem festival ini dijual dengan hanya RM10 dan boleh didapati melalui laman web rasmi GSC, aplikasi mudah alih GSC, atau kiosk layan diri di pawagam GSC terpilih. Untuk maklumat terkini dan pengumuman, ikuti festival ini di Facebook dan Instagram.

Tentang Festival Budaya Filem China-Malaysia
Festival Budaya Filem China-Malaysia ialah inisiatif tahunan yang diasaskan dan dianjurkan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd, bertujuan memperkukuh hubungan kreatif dan industri antara China dan Malaysia melalui kuasa filem. Ia diadakan secara bergilir antara dua negara setiap tahun, dengan mempamerkan filem-filem cemerlang dari kedua-dua pihak dan mewujudkan platform untuk dialog melalui tayangan, forum dan acara budaya bagi menggalakkan pertumbuhan serantau dalam penceritaan dan kerjasama rentas sempadan.
Laman web: www.lomopictures.my
Facebook: China-Malaysia Film Culture Festival
Instagram: chinamalaysiafilmcul.fest