Festival MALF 2025 Menanti Peminat Di Sepang 14 Dan 15 Jun 2025
Festival MALF 2025 Menanti Peminat Di Sepang 14 Dan 15 Jun 2025
Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 Menuju Ke Sepang Dengan Sambutan Penuh Aksi Yang Menggabungkan Kelajuan, Budaya Dan Komuniti

Acara automotif yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025, bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari penuh aksi pada 14 & 15 Jun 2025. Festival ini menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga, menjadikannya sebuah acara yang pasti terpahat dalam ingatan.

MALF 2025 bukanlah ekspo automotif biasa, sebaliknya ia adalah festival tempatan yang meraikan identiti 1 Malaysia di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional yang mewakili semua etnik utama di Malaysia.


Antara tarikan utama festival ini termasuklah:
* Demonstrasi drift
* Pameran kereta retro
* Perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan
* Hari litar rasmi
* Aksi demo oleh pemandu lagenda
* Akses eksklusif ke kawasan pit
* Bazaar makanan dengan pelbagai citarasa
* Persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri
* Auto Icons Show
* Festival Motosikal
* Larian Kopi
Untuk memastikan MALF 2025 lebih menyeronokkan dan dapat dinikmati oleh semua, kemasukan adalah percuma.

"Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini iaitu sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya," jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.



MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau, dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.

Nantikan kehadiran juara-juara pelumba handalan Malaysia turut serta memeriahkan festival MALF 2025 Kali ini.
Keluarga Diutamakan, Festival Tanpa Henti.
Bukan hanya untuk peminat permotoran, MALF 2025 juga destinasi terbaik untuk pilihan keluarga. Festival ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan selesa untuk semua pengunjung, terdapat zon kanak-kanak dan ruang eksklusif wanita lengkap dengan urutan serta penjagaan kuku, serta suasana meriah yang menampilkan produk tempatan, fesyen, dan pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman.

Jadikan hujung minggu Hari Bapa ini luar biasa dengan gabungan kereta, budaya dan keseronokan keluarga yang sukar dilupakan di MALF 2025!

Ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk info terkini, sorotan jelajah menarik dan maklumat lengkap festival. Jun ini, bukan enjin sahaja dihidupkan malahan menggerakkan semangat baharu!