Lebih 1,000 Sertai Program Buka Puasa Ala Madinah ST Rosyam Mall Raikan anak yatim dan asnaf
Hadiahkan 6 pakej umrah dan 100 hamper percuma kepada pengunjung bertuah
Suasana Ramadan yang penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan jelas terasa apabila lebih 1,000 pengunjung memeriahkan Program Jom Berbuka Puasa Ala-Madinah di ST Rosyam Mall, Jalan Kebun, Klang.

Program istimewa yang dianjurkan oleh ST Rosyam Mart, pasar raya borong moden halal 24 jam dengan persekitaran bertaraf lima bintang ini diadakan bagi meraikan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, program ini turut mengundang anak-anak yatim, golongan asnaf serta wakil masjid berhampiran untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan berbuka puasa.
Antara yang diraikan termasuk anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin Klang [PEYAKIN] serta para asnaf yang diwakili oleh Masjid Telok Menegon dan Masjid Al-Muhsinin, Klang. Program dimulakan dengan ceramah perdana oleh penceramah terkenal Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias, diikuti sesi berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah serta moreh bersama para pengunjung.
.jpeg)
Selain mengeratkan ukhuwah, pengunjung turut berpeluang menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan enam pakej umrah percuma tajaan ST Rosyam Mart dan Ikhlas.com, di samping 100 buah hamper sumbangan pelbagai jenama untuk dimenangi pengunjung bertuah.
Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, berkata sambutan terhadap program buka puasa kali ini amat menggalakkan, sekali gus membuktikan inisiatif sebegini mampu merapatkan hubungan antara ST Rosyam Mart dan komuniti setempat.
“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk mendekati masyarakat dan berkongsi kemeriahan Ramadan, malah membolehkan kami bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta bermoreh. Tahun ini lebih meriah dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan enam pakej umrah, dengan tiga daripadanya merupakan tajaan tambahan daripada Ikhlas.com, serta 100 hamper yang disumbangkan oleh para penaja,” tambah Datuk Rosyam.
.png)

Selain itu, program ini turut menyampaikan:
Sumbangan Duit Raya: Daripada Kumpulan Sri Ternak dan PUSPANITA Cawangan KPDN.
Hamper Saguhati: Daripada PKPS dan Yeo’s Malaysia kepada penghuni rumah PEYAKIN serta para asnaf.
Baucar Tunai RM2,000 & Bakul Makanan: Daripada Kumpulan Sri Ternak dan Ikhlas.com untuk pihak masjid dan rumah PEYAKIN.
Program ini juga diserikan dengan pelbagai juadah percuma termasuk bubur lambuk (Adabi), nasi beriani ayam (Khulafa), nasi lemak ayam (Nasi Lemak Burung Hantu), 10 jenis air balang (888), serta minuman oleh Nestlé. Para pengunjung turut membawa pulang 1,200 goodie bag percuma tajaan Yeo’s Malaysia.
Program ini mendapat sokongan pelbagai jenama termasuk 888, Adabi, DESA, Fatihah Frozen, HONOR, Ikhlas.com, Indra Valley, Khulafa, Lycka Lycka, Mixue, Nasi Lemak Burung Hantu, Nestlé, PKPS, PUSPANITA Cawangan KPDN, RG Hair Salon dan Yeo’s.