Terkini | New

Konsert Dadali "Sebuah Kisah" Live In KL 2025

Konsert Dadali "Sebuah Kisah" Live In KL 2025


Peminat muzik balada dan lagu-lagu cinta penuh emosi akan dimanjakan dengan persembahan istimewa daripada band terkenal Indonesia, Dadali, menerusi konsert eksklusif bertajuk "Sebuah Kisah Volume 1" yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Julai 2025, bermula 9:00 malam hingga 11:00 malam.


Dadali, yang dikenali sebagai "King of Sad Song", bakal membawakan rangkaian lagu-lagu
hit yang sinonim dengan kisah patah hati dan harapan cinta, antaranya "Disaat Aku Mencintaimu", "Disaat Aku Tersakiti", "Disaat Sendiri", dan "Sebuah Kisah". 

Konsert ini akan turut menampilkan penampilan khas daripada penyanyi tersohor Malaysia, Ronnie Hussein, yang pasti akan menambahkan lagi kemeriahan malam tersebut. Konsert ini dijangka menjadi medan luahan perasaan dan kenangan buat para peminat mereka di Malaysia.


STRUKTUR TIKET & KATEGORI TEMPAT DUDUK
DI SAAT AKU MENCINTAIMU – RM188
• Kategori: FREE STANDING
• Ansuran: Serendah RM53.14/bulan
• Pilihan Bayaran: Atome, SPayLater, Grab PayLater

DI SAAT SENDIRI – RM228
• Kategori: NORMAL SEATING
• Ansuran: Serendah RM64.21/bulan

DI SAAT AKU TERSAKITI – RM258
• Kategori: PREMIUM SEATING
• Ansuran: Serendah RM72.79/bulan

SEBUAH KISAH – RM588
• Kategori: VIP BOX (maksimum 12 pax per box)
• Termasuk: Sesi Meet & Greet
• Ansuran: Serendah RM163.84/bulan


Tiket kini tersedia di www.myticketempire.com dengan kemudahan "Buy Now, Pay Later" melalui Atome, SPayLater, dan Grab PayLater. Pilihan pembayaran fleksibel ini memudahkan peminat memiliki tiket mengikut kemampuan bajet masing-masing.

Konsert ini dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media, dan BIZCreations, dengan sokongan daripada Tourism Malaysia dan kempen Visit Malaysia 2026. Konsert ini menjadi sebahagian daripada inisiatif memperkasakan industri pelancongan dan hiburan tempatan.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh emosi dan nostalgia ini bersama Dadali sebuah konsert yang bakal mencipta satu lagi "sebuah kisah" dalam hidup anda.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.myticketempire.com