Shopee Live, Video & Affiliates Meningkatkan Pertumbuhan Besar untuk Brand Fesyen Semasa 8.8 Shopee Live Fashion Week
Shopee Live, Video & Affiliates Meningkatkan Pertumbuhan Besar untuk Brand Fesyen Semasa 8.8 Shopee Live Fashion Week
Ekosistem kandungan pelbagai Shopee mendorong peningkatan jualan, pesanan serta penjimatan untuk pembeli fesyen dan Infografik: ‘Get Ready With Shopee’ raih 15 juta tontonan melalui Shopee Video
Minggu lalu, 8.8 Shopee Live Fashion Week menceriakan lagi scene fesyen Malaysia, memberi peluang kepada pembeli untuk menikmati penjimatan hebat, konten fesyen harian, dan hiburan livestream tanpa henti. Dengan pelbagai pilihan fesyen hanya di hujung jari, Shopee memudahkan pembelian fesyen dalam talian melalui baucar diskaun harian Lagi Murah, livestream, dan penghantaran percuma, disertai penampilan istimewa daripada personaliti terkenal seperti Sharifah Rose, Cupcake Aisyah, dan Shak Shazwan.
Kejayaan kempen ini dicapai menerusi gabungan efektif Shopee Livestream, Shopee Video dan pemasaran affiliate, yang bersama-sama meningkatkan keterlihatan jenama fesyen dan memudahkan pembeli menemui trend baharu sambil menikmati tawaran Lagi Murah.
Livestream Fesyen Catat Peningkatan Pesanan & Jualan
Sepanjang kempen 8.8, Shopee Live menjadi tumpuan utama dengan marathon bertema fesyen harian tanpa henti. dan kemunculan Rakyat Malaysia menonton demonstrasi produk secara langsung, mendapatkan tip bergaya daripada pakar, dan menyertai soal jawab interaktif. Pada 8.8 sahaja, pembeli menikmati penjimatan lebih RM14 juta dengan membuat pesanan melalui Shopee Live, membolehkan mereka mengikut trend fesyen terkini tanpa membebankan poket.
Pada hari kemuncak kempen, jumlah penonton livestream meningkat sehingga 3X berbanding hari biasa, memberikan jenama fesyen pendedahan dan penukaran yang besar. Pesanan fesyen melalui livestream meningkat sebanyak 2.9X, dengan rakan affiliate menyumbang satu daripada setiap empat pesanan tersebut untuk penjual fesyen.
Kempen ini menunjukkan bagaimana Livestream adalah alat yang sangat berkesan untuk jenama fesyen berhubung dengan pembeli sambil mempamerkan rupa dan rasa produk secara langsung. Panda Eyes, jenama terkenal dengan pelbagai produk fesyennya, mengalami sendiri kesan livestream, “Fokus kempen 8.8 pada fesyen memberi kami pentas yang sempurna untuk berinteraksi dengan penonton secara langsung. Menjelang akhir kempen, pesanan kami meningkat 3.5X berbanding hari biasa,” kongsi jenama tersebut.
Cupcake Aisyah, pencipta kandungan fesyen yang popular menambah, “Livestream bukan sekadar tempat tunjuk fesyen, tapi ia juga tempat saya menemui tawaran hebat. Pengalaman saya berjalan sebagai model dalam Shopee Live Fashion Runway Show sempena 8.8 sangat istimewa kerana ia beri peluang unik untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, berkongsi minat saya terhadap fesyen, dan tunjuk kepada pengikut saya cara membeli-belah dengan bijak.”

(Dari kiri) Pencipta Kandungan Sharifah Rose, Nur Aisyah (Cupcake Aisyah), dan Shak Shazwan berjalan di atas pentas peragaan semasa Final Runway Show. Shopee Video dan Affiliate Pacu Peningkatan Jenama Fesyen
Selain livestream, Shopee Video berperanan sebagai medium penting untuk menghubungkan jenama-jenama fesyen dan pembeli. Dipacu oleh rangkaian lebih 800,000 Shopee affiliates, kandungan video pendek membantu pembeli menemui item fesyen baharu pada harga Lagi Murah. Sepanjang 8.8, jualan jenama fesyen yang disokong affiliate melalui Shopee Video hampir berganda.
Pertandingan Get Ready With Shopee (GRWS) turut menambah keterujaan, dengan ribuan Shopee Video bertema fesyen dikongsi dan meraih lebih daripada 15 juta tontonan, sekali gus meningkatkan capaian dan penglibatan jenama fesyen yang terlibat.
Barangan Popular Kegemaran Rakyat Malaysia pada 8.8
Pada 8.8, aksesori fesyen mencatat pencarian tertinggi, diikuti kasut wanita, beg, dan blaus.
“8.8 Shopee Live Fashion Week membuktikan bagaimana alat kandungan kami, bersama affiliate, menghubungkan jenama dan pembeli. Dengan memudahkan pembeli mencari apa yang mereka mahukan, kami terus mengukuhkan Shopee sebagai platform pilihan untuk fesyen mampu milik," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.
Kerjasama strategik ini selari dengan misi Shopee untuk menyokong pertumbuhan perniagaan pada semua peringkat, komitmen yang telah sebati dalam budaya dan operasi syarikat.