Terkini | New

Bluntsheep Lancar Mini Album Di Puncak Dunia

Bluntsheep Lancar Mini Album Di Puncak Dunia


Kumpulan muzik tempatan BluntSheep naungan Padu Records dengan bangganya melancarkan sebuah mini album istimewa berjudul “Di Puncak Dunia”.


Album ini menampilkan empat buah lagu, termasuk lagu utama bertemakan patriotik, “Di Puncak Dunia”, yang membawa mesej perjuangan, perpaduan, dan aspirasi untuk mengangkat nama Malaysia Di Puncak Dunia.



Lebih membanggakan, pelancaran mini album ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, sebuah inisiaf di bawah dasar Kerajaan Madani yang berperanan merancakkan bakat tempatan serta memperkukuh industri kreatif tanah air.



Sokongan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan karya seni tempatan terus berkembang maju, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Album Di Puncak Dunia lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. BluntSheep ingin menyampaikan mesej bahawa walaupun berbeza, rakyat Malaysia tetap sejiwa dan bersatu demi mengangkat martabat negara dan sebagai tanda patriotik.



BluntSheep dengan penuh bangga menukar warna gitar mereka kepada Jalur Gemilang, sekali gus menyebarkan semangat cinta negara melalui karya muzik mereka. Dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, kami yakin karya ini mampu memberi inspirasi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat global, kata BluntSheep dalam kenyataan rasmi mereka.



Mini album ini turut menjadi simbol harapan mencerminkan keyakinan bahawa Malaysia mampu terus melangkah megah, meraih kejayaan, dan berdiri sama tinggi di pentas dunia. Pada masa yang sama, BluntSheep berharap album ini akan menjadi batu loncatan untuk perjalanan mereka sebagai kumpulan muzik tempatan yang ingin menembusi pasaran
antarabangsa.

“Di Puncak Dunia” menampilkan empat buah lagu asli karya mereka:

● Di Puncak Dunia
● Lelah
● Cinta Paling Hebat
● Hanya Dia

Album ini kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama..BluntSheep merupakan kumpulan muzik muda tempatan yang begitu muda dan aktif menghasilkan karya segar dengan mesej yang kuat.



Dengan semangat perjuangan dan visi yang jelas, BluntSheep berhasrat membawa nama Malaysia ke puncak dunia melalui karya muzik mereka. Kumpulan ini dianggotai oleh tiga anak muda berusia 18 tahun iaitu Atta Rumnan, Umar Naufal dan Mosses. Pemain bass asal mereka, Dzaff, kini sedang berehat seketika bagi memberi tumpuan kepada pelajarann. Buat masa ini, BluntSheep dibantu oleh Jayden selaku pemain bass, serta Ariff Azmi sebagai gitaris kedua.



Untuk maklumat lanjut sila layari BluntSheep di laman sosial:
Instagram: @thebluntsheep
TikTok: @thebluntsheep
Threads: @thebluntsheep

Padu Records / BluntSheep Management
Emel: Padurecords@gmail.com