Terkini | New

Zfix Berjaya Cipta Rekod Malaysia Book Of Records Untuk Penukaran Bateri Iphone Terbanyak Dalam 12 Jam

Zfix Berjaya Cipta Rekod Malaysia Book Of Records Untuk Penukaran Bateri Iphone Terbanyak Dalam 12 Jam


Zfix, jenama tempatan yang terkenal dengan kepakaran dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintar bakal melakar sejarah menerusi satu cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori "Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam".



Acara bersejarah ini  berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam bertempat di New Branch Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, 67, Jalan Pumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.



Zfix Jenama Tempatan, Piawaian Global yang ditubuhkan pada tahun 2022, Zfix telah berkembang pesat sebagai penyedia servis yang dipercayai untuk pembaikan telefon pintar khususnya peranti Apple. Dikenali dengan pendekatan yang profesional, telus dan beretika, Zfix kini bersedia untuk menunjukkan keupayaan teknikal dan operasinya di pentas nasional.


Cubaan mencipta rekod MBOR ini akan disertai oleh 30 juruteknik bertauliah, 10 petugas audit dan sokongan operasi serta 5 kaunter verifikasi sah.



Dengan sasaran lebih 1,000 unit bateri ditukar dalam masa 12 jam, acara ini bukan sahaja menonjolkan kecekapan Zfix, malah menekankan pentingnya penjagaan peranti pintar secara profesional dan sah.

Objektif Cubaan Rekod

⁃ Cubaan ini bertujuan untuk mencipta penanda aras kebangsaan dalam bidang perkhidmatan pembaikan telefon pintar di samping menguji keupayaan operasi Zfix secara besar-besaran di bawah tekanan masa.

⁃ Menonjolkan profesionalisme industri servis telefon yang mematuhi piawaian ketat dari segi keselamatan, dokumentasi dan integriti

⁃ Meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya servis bertauliah dan penggunaan alat ganti tulen

Proses dijalankan mengikut garis panduan MBOR dengan setiap unit penukaran bateri akan direkodkan nombor siri bateri lama dan baru, dimasukkan ke dalam sistem log manual dan digital, disahkan oleh juruteknik dan penyelia teknikal dan dirakamkan melalui video tanpa henti sebagai bukti sahih.

Semua data akan diaudit secara langsung dan diserahkan kepada pihak MBOR dalam tempoh 48 jam selepas acara berakhir.


Zfix Mobile Fest: Lebih Dari Sekadar Rekod

Sempena cubaan mencipta rekod ini, Zfix Mobile Fest turut menawarkan pelbagai aktiviti sampingan yang interaktif, bermanfaat dan menyeronokkan untuk pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini mengenai penjagaan telefon pintar, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, photo booth interaktif & TikTok challenge booth selain zon rehat, makanan ringan, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan zon kanak-kanak.

Acara ini disasarkan untuk menjadi platform inklusif kepada pengguna, pencinta teknologi, serta keluarga yang ingin memahami dunia servis telefon secara lebih mendalam.

Zfix Mobile Fest bukan sekadar sebuah acara teknikal tetapi satu inisiatif komuniti untuk memperkasa pengguna dalam memahami nilai penjagaan peranti dengan cara yang sah, selamat dan mengikut piawaian.


Komitmen Zfix Kepada Profesionalisme & Inovasi

Menurut wakil Zfix, cubaan mencipta rekod ini bukan sekadar tentang angka, tetapi lebih kepada menyampaikan mesej penting – bahawa industri servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan diiktiraf.

“Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi,” ujar wakilPengarah Syarikat Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof.

Pihak Zfix turut menzahirkan harapan agar cubaan ini mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan servis teknologi yang bertauliah dan diyakini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Zfix Mobile Fest.

Alamat : New Branch Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, 67, Jalan Pumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.