Terkini | New

Pra-Pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Bakal Melebar Sayap Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London Pada 2026

Pra-Pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Bakal Melebar Sayap Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London Pada 2026

Festival Raya terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia kembali dengan lebih hebat pada tahun 2026! 


Pra-Pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya diiktiraf serta disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai Pameran Festival Raya Terbesar di Malaysia selama dua tahun berturut-turut, acara ini dianjurkan bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management, dan akan mengembangkan penganjurannya ketiga destinasi baharu pada tahun hadapan iaitu Pulau Pinang, Brunei Darussalam serta buat julung kalinya di London.


Meneruskan kejayaan penganjuran selama empat tahun berturut-turut dan berikutan permintaan yang tinggi untuk memperluaskan festival terbesar ini ke luar negara, pihak penganjur dengan sukacitanya mengumumkan secara eksklusif perkembangan ABxFGR ketiga lokasi baharu pada tahun 2026 iaitu Pulau Pinang, Brunei Darussalam dan London. 


ABxFGR 2026 di Bridex International Convention Centre, Brunei akan berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac 2026, disusuli edisi Pulau Pinang di PICCA Convention Centre dari 6 hingga 8 Mac 2026, dan seterusnya di MITEC, Kuala Lumpur dari 13 hingga 16 Mac 2026.


Menambah lagi keterujaan, pihak penganjur akan memperkenalkan satu platform baharu yang direka khusus untuk memperkasakan usahawan tempatan di pentas global. Absolut Bazaar x MYExpo akan dilancarkan di London di Exhibition White City dari 2 hingga 3 Mei 2026. Tidak seperti ABxFGR yang menumpukan kepada pengunjung musim perayaan, inisiatif ini bakal menjadi pintu masuk kepada kerjasama strategik dan kemasukan ke pasaran antarabangsa.



Edisi London ini turut menawarkan peluang business-to-business (B2B) eksklusif untuk para peserta, bagi menembusi pasaran Eropah yang lebih luas. Mereka berpeluang bertemu pengedar, pembeli serta rakan strategik, sekali gus membuka laluan kepada kerjasama masa hadapan, peluasan eksport dan penembusan pasaran global. Untuk PKS yang berhasrat menembusi pasaran antarabangsa dan mengukuhkan kedudukan kompetitif dalam sektor halal dan gaya hidup global, platform ini menawarkan pendedahan yang amat bernilai.



Dengan memperkenalkan budaya tempatan, produk halal asli, pengalaman kulinari unik serta tarikan pelancongan yang pelbagai kepada khalayak antarabangsa, langkah ini turut menyokong inisiatif Visit Malaysia Year 2026. Secara tidak langsung, ia memperkukuh jenama Malaysia di persada global serta meningkatkan peluang rentas sempadan dan kerjasama antarabangsa.

Sejak diperkenalkan, ABxFGR telah mencipta rekod cemerlang, sekali gus meneguhkan kedudukannya sebagai Festival Raya Terbesar di Malaysia. Antara pencapaian luar biasa sepanjang empat tahun penganjuran:

●  RM62.6 juta hasil jualan
●  2,365 tapak reruai
●  7.95 juta pengunjung
●  224 jumlah vendor F&B
●  120 selebriti
●  48 rakan kongsi dan penaja
●lebih 2,000 usahawan dan 400 jenama tempatan

Pencapaian ini membuktikan bahawa ABxFGR bukan sahaja menjadi ‘one-stop centre’ untuk membeli-belah dan beraya, malah berperanan besar dalam menjana impak ekonomi kepada usahawan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pada masa yang sama, ia membuka peluang baharu dalam pasaran domestik serta antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan ABxFGR sebagai festival membeli-belah dan gaya hidup Raya paling berprestij di rantau ini.



Dengan penambahan Brunei dan London sebagai lokasi baharu, ABxFGR bakal mengembangkan lagi peluang bagi usahawan tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur berhasrat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah Raya yang lengkap di bawah satu bumbung, meliputi pelbagai kategori seperti pakaian, produk kecantikan, serta juadah Raya.

Antara tarikan utama adalah Mini Absolut FoodFest, iaitu sebuah pesta makanan berskala kecil yang menghimpunkan lebih 30 vendor dengan pelbagai hidangan serta minuman untuk berbuka puasa (iftar) dan sahur. Para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui aktiviti sampingan menarik seperti Wheel of Fortune, Money Chamber, dan Happy Hour Sales, sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur atas sokongan yang tidak berbelah bahagi setiap tahun.


Disebabkan permintaan penyertaan yang tinggi, ruang pameran kini hampir penuh. Edisi Kuala Lumpur hanya berbaki 5% ruang booth, manakala edisi Pulau Pinang tinggal 25% slot dengan sebahagian besar pempamer telah membuat tempahan. Sambutan hangat ini membuktikan keyakinan jenama dan peniaga terhadap potensi penyertaan dalam festival Raya paling berprestij di rantau ini. Justeru, pempamer yang berminat digesa untuk segera mengesahkan penyertaan bagi mengelakkan terlepas peluang keemasan ini.

Pihak penganjur menggalakkan orang ramai untuk terus mengikuti perkembangan terkini mengenai ABxFGR melalui platform media sosial rasmi.

Festival Gaya Raya

Absolut Bazaar