Watsons Malaysia Raikan Ganjaran Terbesar Ahli Dengan Hadiah Sebuah Rumah Untuk Dimenangi
Watsons Malaysia Raikan Ganjaran Terbesar Ahli Dengan Hadiah Sebuah Rumah Untuk Dimenangi
Meraikan Ulang Tahun Ke-15 Watsons Club dengan Ganjaran Harian dan Tawaran Eksklusif untuk Semua Ahli
Watsons Malaysia meraikan ulang tahun ke-15 Watsons Club, program kesetiaan kesihatan dan kecantikan terbesar di negara ini, dengan kempen Biggest Rewards. Kempen ini, bermula hari ini hingga 1 Oktober 2025, menampilkan pelbagai tawaran eksklusif untuk ahli, acara menarik, dan untuk tahun kelima berturut-turut, peluang memenangi sebuah rumah baharu.
Hadiah utama tahun ini ialah sebuah kediaman impian di Centrum Iris, Cameron Highlands, dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS). Seorang ahli bertuah Watsons Club akan memenangi kediaman moden dengan 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi, lengkap dengan kemudahan gaya hidup seperti Fitness Lounge, Sky Yoga, Kids Play Zone, Games Lounge, Pool Deck, dan banyak lagi.
Ahli Watsons Club yang berbelanja di kedai fizikal atau atas talian antara 1 September hingga 27 Oktober 2025 dengan perbelanjaan minimum RM50 menggunakan kad VISA layak untuk menyertai peraduan ini. Untuk menyertai, ahli hanya perlu membuat pembelian dan menghantar penyertaan melalui pautan berikut:
https://survey.aswatson.net/WISE/index.php/survey/index