Bakat Muda Bayangkan Masa Depan di Pertandingan Akhir Kebangsaan Kelab Koko Kraf 2025
Bakat Muda Bayangkan Masa Depan di Pertandingan Akhir Kebangsaan Kelab Koko Kraf 2025
Usaha bersama jenama Koko Krunch Nestlé Malaysia dan Kementerian Pendidikan semai kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak di seluruh negara
_copy_1280x853.jpg)
Daya kreativiti anak-anak muda Malaysia nyata terserlah sambil mereka berkongsi wawasan masa depan mereka di Pertandingan Akhir Kebangsaan Nestlé Kelab Koko Kraf 2025, dengan tema penuh inspirasi “Demi Masa Depan Negaraku.” Kelab Koko Kraf, yang merupakan usaha sama antara Nestlé Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia, telah berkembang maju untuk menjadi satu gerakan seluruh negara yang menggalakkan ekspresi diri dan kerjasama sepasukan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah menerusi aktiviti gubahan kolaj yang menyeronokkan.
Penyertaan dalam program ini, yang kini memasuki tahun kedua, telah mencapai tahap tertinggi dengan sejumlah 12,507 murid daripada 149 daerah dan 925 sekolah, peningkatan ketara daripada 3,633 murid yang mengambil bahagian pada tahun pertama pada 2024.
Pertandingan Akhir tahun ini menghimpunkan 15 pasukan yang mewakili negeri masing-masing, dibahagikan kepada lima zon – Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur/Borneo. Ulya Mardhiyyah Bt Ahmad Mustaffa, Tuan Siti NurFatihah Bt Tuan Azham Zamiri dan Hana Uzma Binti Noramin daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot, Terengganu dan telah menambat hati para pengadil. Setiap pasukan dianggotai oleh tiga murid berumur 10 hingga 12 tahun. Mereka perlu mencipta kolaj yang melambangkan harapan mereka demi masa depan Malaysia. Menggunakan warna-warna terang menawan dan bahan boleh kitar semula seperti kotak bijirin, fabrik, benang yarn dan majalah lama, murid-murid menampilkan idea seperti komuniti lebih hijau dan sains dan teknologi masa depan.
YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan, mengulas, “Aktiviti-aktiviti kesenian ini adalah satu komponen penting dalam pembangunan holistik murid. Melalui program-program kesenian seperti ini, kita dapat menyediakan murid yang mampu menyertai pelbagai acara seni di pelbagai peringkat terutama kebangsaan dan antarabangsa. Hal ini bukan sekadar satu pencapaian semata-mata, tetapi sebuah landasan ke arah mengukuhkan identiti seni dan kreativiti kita ke peringkat yang lebih tinggi. Pelibatan murid dalam bidang kesenian terutama seni visual ini bukan hanya mencungkil bakat semata-mata, tetapi juga membangunkan keupayaan dan kemahiran yang melampaui batasan diri.”
En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, berkata, “Melalui program kami bersama Kementerian Pendidikan, Nestlé Koko Krunch bukan sekadar menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk kanak-kanak, malah turut berperanan dalam memberi inspirasi untuk menonjolkan daya kreativiti serta imaginasi melalui seni. Melalui kerjasama ini, kami berasa amat berbesar hati dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan generasi muda Malaysia yang bakal mencipta masa depan lebih cerah untuk masyarakat mereka.”
En. Philip Joe, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Breakfast Cereals Malaysia, berkongsi mengenai program tersebut, “Sambutan daripada murid-murid sekolah rendah di seluruh Malaysia sangat menggalakkan dengan jumlah penyertaan tahun ini meningkat hampir tiga kali ganda. Tahniah kepada semua finalis. Hasil seni mereka benar-benar mengagumkan, menggambarkan harapan mereka terhadap masa depan Malaysia dan menjadi sumber inspirasi buat kita semua.”
Dinobatkan sebagai juara kebangsaan bagi Kelab Koko Kraf tahun ini, Ulya Mardhiyyah Bt Ahmad Mustaffa, Tuan Siti NurFatihah Bt Tuan Azham Zamiri dan Hana Uzma Binti Noramin daripada SK Kompleks Mengabang Telipot, Terengganu telah menarik perhatian barisan pengadil dengan kolaj penuh imaginasi menggambarkan pengembaraan mereka ke sebuah bandar di bawah laut, namun masih mengekalkan kehijauan bumi. Imej bumi dan buku yang melambangkan ilmu menjadi simbol bahawa ilmu ialah penentu segalanya. Menurut anggota pasukan tersebut, “Memang seronok untuk menyertai Kelab Koko Kraf! Kami mahu kolaj kami memaparkan Malaysia yang kami impikan. Pertandingan ini mengajar kami bahawa semua idea perlu dihargai, dan apabila kami berkongsi dan mendengar, kami boleh mencipta sesuatu yang lebih baik.”
Guru daripada sekolah pasukan juara, Fazita Binti Mohammad, menambah, “Kami amat berbangga dengan pencapaian murid-murid kami sepanjang perjalanan menyertai acara ini! Pertandingan Kelab Koko Kraf merupakan pengalaman yang amat bermakna bagi mereka, daripada membuat persiapan di sekolah kepada peluang mewakili negeri untuk Pertandingan Akhir Kebangsaan. Kami gembira untuk melihat nilai-nilai positif yang dipelajari mereka dan keterujaan mereka berkongsi harapan dan impian mereka untuk negara.”
Perjalanan bersama Kelab Koko Kraf tahun ini bermula dengan pertandingan peringkat daerah, dengan murid-murid bersaing dalam dua kategori, Kategori A (7–9 tahun) dan Kategori B (10–12 tahun). Para pemenang daripada Kategori B melayakkan diri ke pertandingan serantau, melibatkan 80 kumpulan di seluruh negara, sebelum 15 pasukan terbaik dipilih untuk mara ke Pertandingan Akhir Kebangsaan. Tema pertandingan beransur maju daripada “Demi Masa Depanku” di peringkat daerah, kepada “Demi Masa Depan Keluargaku” di peringkat serantau dan “Demi Masa Depan Negaraku” di peringkat kebangsaan, menggalakkan kanak-kanak untuk membayangkan aspirasi diri, keluarga dan negara masing-masing. Kelab Koko Kraf meraikan kreativiti dan memupuk perpaduan dalam kalangan anak-anak muda Malaysia di seluruh negara.
Di Pertandingan Akhir tersebut, Ruang Seni & Kraf juga disediakan kepada orang ramai, untuk membolehkan ibu bapa, guru dan kanak-kanak yang tidak terlibat mengambil bahagian dalam aktiviti kreatif seperti membuat kraf dan rantai tangan manik Perler, serta berkongsi semangat dan pengalaman di luar pertandingan dan menjadikan hari acara lebih meriah.