Terkini | New

Samsung Mengumumkan Pencapaian Ulung Pertama di Dunia dalam Ramalan Pengsan Menggunakan Galaxy Watch

Samsung Mengumumkan Pencapaian Ulung Pertama di Dunia dalam Ramalan Pengsan Menggunakan Galaxy Watch

Kajian bersama dengan Hospital Gwangmyeong Universiti Chung-Ang menunjukkan potensi untuk pengesanan awal pengsan menggunakan Galaxy Watch, membuka jalan kepada sistem amaran masa nyata

SAMSUNG ELECTRONICS CO., LTD.  mengumumkan bahawa satu kajian klinikal bersama dengan Hospital Gwangmyeong Universiti Chung-Ang di Korea telah berjaya mengesahkan keupayaan untuk meramal vasovagal syncope (VVS) dengan ketepatan yang tinggi dengan memanfaatkan isyarat biologi yang diperoleh daripada Galaxy Watch6.

Vasovagal syncope berlaku apabila kadar denyutan jantung dan tekanan darah seseorang menurun secara mendadak disebabkan oleh faktor-faktor seperti tekanan (stres) yang berlebihan, yang membawa kepada kehilangan kesedaran buat sementara waktu. Walaupun tempoh pengsan itu sendiri biasanya tidak mengancam nyawa, kejatuhan yang berlaku secara tiba-tiba boleh menyebabkan kecederaan sekunder yang teruk seperti patah tulang atau gegaran otak, menjadikan ramalan awal amat penting untuk pencegahan.

​"Sehingga 40% manusia mengalami vasovagal syncope sepanjang hayat mereka, dengan satu pertiga daripadanya mengalami episod yang berulang," kata Profesor Junhwan Cho daripada Jabatan Kardiologi di Hospital Gwangmyeong Universiti Chung-Ang. "Amaran awal boleh memberi pesakit masa pendahuluan untuk berada dalam kedudukan yang selamat atau meminta bantuan, yang akan mengurangkan kejadian kecederaan sekunder secara drastik."

​Pasukan penyelidik bersama, yang diketuai oleh Profesor Cho, telah menjalankan penilaian ke atas 132 pesakit yang disyaki mempunyai gejala VVS semasa ujian pengsan secara cetusan. Dengan menggunakan Galaxy Watch yang dilengkapi dengan penderia photoplethysmography (PPG), pasukan tersebut menganalisis data heart rate variability (HRV / kebolehubahan kadar jantung) jam tangan berkenaan dengan algoritma AI. Model tersebut berjaya meramal episod pengsan yang bakal berlaku sehingga lima minit lebih awal dengan ketepatan 84.6 peratus, pada tahap sensitiviti 90 peratus yang bermakna secara klinikal dan tahap spesifisiti 64 peratus.

​"Kajian ini merupakan satu contoh bagaimana teknologi boleh pakai dapat membantu mengubah penjagaan kesihatan daripada reka bentuk yang bertujuan untuk 'penjagaan pasca-sakit' kepada model 'penjagaan pencegahan'," kata Jongmin Choi, Ketua Kumpulan R&D Kesihatan, Perniagaan Mobile eXperience (MX), Samsung Electronics. "Kami komited untuk memacu inovasi teknologi yang memperkasakan pengguna kami untuk menjalani kehidupan harian yang lebih sihat."

​Hasil penemuan penyelidikan ini telah diterbitkan dalam Jilid 7, Isu 4 bagi "European Heart Journal – Digital Health", sebuah jurnal perubatan terkemuka, dan ia mewakili kajian pertama di dunia yang berjaya menunjukkan potensi jam tangan pintar komersial untuk menyediakan ramalan awal bagi gejala syncope (pengsan).

​Samsung merancang untuk memajukan lagi keupayaan pemantauan kesihatan bagi portfolio peranti boleh pakainya dan memperluas kerjasama dengan institusi perubatan terkemuka. Melalui usaha ini, syarikat menyasarkan untuk menerajui industri kesihatan digital dan mempercepat pelaksanaan penyelesaian kesihatan pencegahan yang diperibadikan.

​Tawaran Hebat pada Bulan Mei!

​Dari 11 Mei hingga 21 Jun 2026, pelanggan yang layak yang membeli Samsung Galaxy Watch Ultra boleh menerima Galaxy SmartTag2 bernilai RM149 dan Pengecas Kuasa (Power Adapter) 15W tanpa kabel bernilai RM59 sebagai hadiah percuma. Sehingga 24 Mei 2026, pelanggan yang membeli telefon pintar terpilih juga layak untuk membeli model Buds, Watch, dan Tab terpilih pada diskaun 15%. Jangan tunggu! Layari Kedai Dalam Talian Samsung atau kunjungi Kedai Pengalaman Samsung terdekat anda atau Peruncit Sah Samsung untuk maklumat lanjut hari ini!

​Layari https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch-ultra-2025-47mm-titanium-blue-lte-sm-l705fzb1xme/