Farel Prayoga Lancar Single 'lemak Manis. Langkah Besar Tembusi Pasaran Malaysia Dan Indonesia
Farel Prayoga Lancar Single 'lemak Manis. Langkah Besar Tembusi Pasaran Malaysia Dan Indonesia
Ingat lagi kanak-kanak viral dengan "Ojo Dibandingke", lagu berbahasa Jawa di hadapan Presiden Indonesia, Jokowi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia? Kini beliau hadir ke Malaysia.
Penyanyi remaja sensasi Indonesia, Farel Prayoga, 15, kembali mencuri perhatian apabila melancarkan single terbaharunya berjudul Lemak Manis, sekali gus menandakan kemunculan rasmi beliau pada tahun 2025 dengan imej dan gaya muzik yang lebih matang.


Rakaman semula Lemak Manis merupakan hasil kerjasama pertama antara Malaysia dan Indonesia yang dibawakan secara eksklusif oleh Indigital Music.
Selaku penerbit, Indigital Music tertarik untuk memperkenalkan Farel ke pasaran lebih luas kerana percaya bakat yang ada dalam dirinya selain mempunyai potensi menjadi bintang serantau masa hadapan.

Kolaborasi ini turut dilihat sebagai langkah strategik merentasi dua negara, memandangkan Farel sudah mempunyai sejumlah peminat yang besar di lndonesia dan bakal menambat hati peminat di Malaysia.
Ciri khas dan lenggok yang semula jadi yang ada padanya membuatkan Lemak Manis nyanyian semula Farel lebih 'kena dengan melodi Melayu-pop. Transisi ini merupakan peralihan penting selepas Farel dikenali sebagai penyanyi lagu berbahasa Jawa, termasuk beberapa karya yang pernah viral sebelum ini.

"Saya bersyukur kerana Lemak Manis menarik perhatian pendengar sejak dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Peminat juga memberikan maklum balas yang baik dengan versi kali ini. Sebenarnya untuk merakamkan lagu ini bukan mudah dan ada banyak cabaran tersendiri. Saya sendiri bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pelbagai pihak sejak proses rakaman berlangsung," katanya.
Mengakui cukup mengagumi cara nyanyian Roslan Madun Yang merupakan penyanyi dan pencipta lagu Lemak Manis yang di popularkan oleh haziq. Farel mahu peminat di sini menerima versi orkestra yang dibawakan kali ini.


Menyorot kembali perjalanan seni remaja ini, Farel sebenarnya berrmula sebagai penyanyi jalanan dan video covernya seperti "Tiara" dan "Satu Mimpi" tular di pelbagai platform digital seterusnya melonjakkan namanya seawal usia kecil.
Nama Farel memuncak pada tahun 2022 apabila persembahannya membawakan lagu "Ojo Dibandingke", lagu berbahasa Jawa di hadapan Presiden Indonesia, Jokowi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia mendapat liputan meluas. Video tersebut bukan sahaja mendapat jutaan tontonan tetapi juga trending di seluruh dunia seterusnya membawa nama Farel untuk dikenali dengan lebih meluas.

"Itu merupakan antara kenangan paling manis dalam hidup saya. Bukan mudah untuk meraih kepercayaan Presiden Indonesia sendiri yang mahu melihat persembahan saya. Saya anggap ini rezeki yang baik dan tuah dalam memulakan perjalanan kerjaya seni. Harapnya Lemak Manis turut akan membawa tuah saya di Malaysia,' kata Farel lagi.
Sejak itu, Farel terus menjadi ikon kecil Indonesia yang mendapat sokongan merentasi pelbaga generasi daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa.
Bagi Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom, menganggap sambutan awal terhadap "Lemak Manis" sangat positif, didorong oleh peminat setia yang mengikuti perkembangan Farel sejak awal termasuk golongan keluarga, remaja serta peminat muzik serantau.
"Kita yakin kepada bakat dan potensi besar yang ada pada Farel. Dia masih muda dan boleh meneroka banyak perkara dan kami berbesar hati untuk bersama-samanya memulakan langkah di Malaysia. Kerjasama ini bukan yang pertama dan terakhir memandangkan kita sudah merancang beberapa lagu lain seterusnya membuka jalan untuk Farel melebarkan pengaruh di Malaysia," tambahnya.
Berikut merupakan senaraï anugerah yang diterima :
●Pendatang Baru Paling Ngetop, SCTV Music Awards 2023
●Penyanyi Bahasa Daerah Paling Ngetop, SCTV MuSIC Award 2023
●Pendatang Baru Tersilet- Silet Awards 2022
●Penyanyi Popdut Paling Di Hati, Indonesia ●Dangdut Awards 2022
●Penyanyi Cilik Solo Terpopular, Indonesia Dangdut Awards 2022
●Anugerah Khas, Ambyar Awards 2023
●Kolaborasi Terambyar, Ambyar Awards 2023
●Uprising Singer of tne year GO Spot Awards 2022
Fakta menarik
* Lemak Manis merupakan lagu asal nyanyian Roslan Madun dan dipopularkan oleh penyanyi Haziq.
* Rakaman semula Lemak Manis oleh Farel dilakukan di Jakarta, Indonesia dalam versi orkestra.
* Farel memulakan kerjaya sebagai penyanyi jalanan sebagai dan meledak apabila video nyanyiannya tular di media sosial.
* Memulakan debut secara rasmi pada 2022 Farel sudah merakamkan hampir 30 buah lagu di Indonesia.
* Dua tahun lalu, Farel memeluk Islam dan dia baharu sahaja mendedahkan perkara tersebut baru- baru ini.
* Antara lagu yang dirakamkan sebelum ini termasuklah Si Kecil Aku, Aku Ngamen, Doa Si Kecil, Hujan, Desember, Satu Mimpi, Selendang Biru, Marhaban Ya Ramadhan, Obati Cintaku dan Purnama Rindu.
Lemak Manis nyanyian Farel sudah dilancarkan secara rasmi pada 2 Oktober lalu disemua platform digital. Video muzik pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.
