Terkini | New

Persembahan Teater Muzikal “Paduka Cik Siti.” Kisah luar biasa figura Raja wanita Melayu Pada Disember 2025.

Persembahan Teater Muzikal “Paduka Cik Siti.” Kisah luar biasa figura Raja wanita Melayu Pada Disember 2025.


Persembahan Teater Muzikal “Paduka Cik Siti.” Kisah luar biasa figura Raja wanita Melayu yang bangkit mempertahankan maruah, keberanian dan cintanya dalam sebuah pementasan muzikal penuh irama, warna dan emosi.



Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan Kerjasama Persatuan Alumni ASWARA kini kembali dengan sebuah naskhah muzikal baharu bertajuk Teater Muzikal Paduka Cik Siti yang bakal dipentaskan pada 19hb - 21hb Disember 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin , Putrajaya.



Teater muzikal ini merupakan sebuah karya megah yang mengangkat ketokohan dan keberanian seorang Raja wanita Melayu dalam menghadapi tekanan sosial, politik dan cinta pada zamannya. Dipersembahkan dengan gabungan lakonan, muzik, tarian, serta estetika visual yang memukau serta naratif yang menyentuh jiwa.



Dengan barisan pelakon handal dan berpengalaman , rekaan pentas berskala besar serta sentuhan pengarahan yang bertenaga, produksi yang terlibat adalah gabungan serta kolaborasi yang menyatukan alumni, pensyarah dan pelajar ASWARA.



Muzikal Paduka Cik Siti mengisahkan Cik Siti Wan Kembang yang merupakan satusatunya waris takhta Tanah Serendah Sekebun Bunga, baginda terpaksa mengantikan pemerintahan ayahanda saudaranya almarhum Raja Husein yang mangkat dan demi menyempurnakan pesanan almarhum ayahandanya Raja Ahmad.





Menolak segala pinangan raja-raja yang ingin menyuntingnya tetapi baginda nekad menyahut amanah sebagai paduka raja demi negeri yang tercinta. Tugas sebagai Raja Wanita tidaklah semudah yang disangka, cabaran dipersoalkan kewibawan oleh pembesar sendiri, diancam oleh Siam dan hati yang diragut kesepian kerana cinta yang didiamkan. Demi negeri, segala halangan dan dugaan ditangani dengan bijaksana. Paduka Cik Siti bukan hanya tentang perjuangan wanita memimpin negeri tetapi pengorbanan menundukkan kehendak hati dan perasaan.



Teater Muzikal ini merupakan idea asal dan arahan Che Kem, tulisan oleh Roziah Adama dan Khairunazwan Rodzy , lirik oleh Dr. Hairul Anuar Harun diterajui oleh para pelakon seperti Asmidar, Taqim Zaki, Dr. Norzizi Zulkifli, Shahrul Mizad, Nesa Idrus, Serra Kamal, Zizi Hazirah dan ramai lagi. muzikal ini menjanjikan persembahan berskala besar dan berimpak tinggi.


Tiket sedang diual di https://www.cloudjoi.com/shows/4822-teater muzikal-padukacik-siti pada harga RM 40.00 sehingga RM 150.



Untuk maklumat lanjut mengenai pementasan teater muzikal ini, boleh ikuti rapat laman sosial berikut untuk kemas kini terkini:

TikTok
aswara.official, persatuanalumniaswara
Facebook: