Sajian Ramadan Mercure Kuala Lumpur 2026 Tampil keenakkan Rasa Negeri Selangor
Sajian Ramadan Mercure Kuala Lumpur 2026 Tampil keenakkan Rasa Negeri Selangor
Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan Jilid 3 Kembali Ke Meja Hidangan, Di Mana Keenakan Negeri Selangor Terasa Seperti Di Rumah Sendiri
.jpg)
Mercure Kuala Lumpur Glenmarie meneruskan komitmennya dalam menghasilkan pengalaman berinspirasikan tempatan yang menghubungkan tetamu dengan keunikan setiap destinasi. Ramadan ini, pihak hotel dengan sukacitanya mengalu-alukan kepulangan Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan Jilid 3, sebuah pengalaman iftar yang sentiasa diingati dan dinanti-nantikan.
.jpg)
Bermula dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026, WARNA All Day Dining sekali lagi akan menjadi tempat berkumpul, di mana cita rasa yang dikenali, perkongsian cerita, dan momen bermakna bersatu untuk meraikan warisan kulinari Selangor dalam suasana yang selesa namun penuh penemuan baharu. Tetamu dijemput untuk mencatat tarikh ini bagi mengalami Ramadan melalui hidangan yang dekat di hati.


Puvan Abdullah, Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, berkongsi, “Kepulangan Sajian Darul Ehsan mencerminkan keinginan kami untuk menghubungkan semula tetamu melalui pengalaman yang tulen dan dekat dengan jiwa. Ramadan di Mercure bukan sekadar tentang menjamu selera, tetapi tentang mencipta momen kebersamaan di mana budaya tempatan dan hospitaliti dirasai dalam setiap perincian”.
.jpg)



Perjalanan Kulinari Merentasi 9 Daerah Selangor
Berteraskan komitmen Mercure terhadap penemuan tempatan, bufet ini mengajak tetamu menjelajahi sembilan daerah di Selangor melalui hidangan yang meraikan warisan tempatan. Pembuka Selera: Menampilkan bar salad dengan hasil segar tanpa racun perosak dari Klang serta ulam-ulaman tradisional seperti ceylom, ulam raja, pegaga, dan jantung pisang bersama pelbagai sambal klasik.



Permulaan Wilayah: Acar buah, kerabu pucuk paku, rojak Klang, dan pilihan potong sejuk gaya Selayang. Makanan Jalanan & Kudapan: Menampilkan kegemaran bazar seperti cucur rangup, karipap, cekodok manis, ubi getuk, dan aneka keropok tempatan.



Hidangan Utama & Stesen Aksi:
Gombak: Satay ayam dan daging, rendang, punten Jawa, dan sambal taun berkuah.
Sabak Bernam: Nasi Ambeng yang ikonik.
Klang: Siakap Purbakala dan makanan laut panggang.
Kuala Selangor: Soto Jawa dan sup berempah.
Petaling: Balutan shawarma ayam.
Hulu Langat: Kambing salai dan ayam panggang.
Kuala Langat: Char Kway Teow (live), mee kari, dan asam laksa.
Sepang: Gulai kawah daging dan bubur lambuk.
Hulu Selangor: Roti canai, murtabak, dan roti John.

Pencuci Mulut: Wadai kipeng, stesen apam balik (live), aneka kuih-muih Melayu, cendol, ABC, dan pilihan Air Balang yang menyegarkan.




Harga dan Tawaran Istimewa
Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan Jilid 3 ditawarkan pada harga:
Dewasa: RM158+
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM98+
Kanak-kanak (7 hingga 11 tahun): RM68+
Tetamu yang merancang awal boleh menikmati penjimatan istimewa:
Kadar Early Bird: RM128+ seorang (tersedia sehingga 23 Februari 2026).
Super Deal: RM98+ (terhad kepada 500 baucar, sah sehingga 31 Januari 2026).
Tawaran Kumpulan: Beli 10, Percuma 1.


Bagi memeriahkan suasana, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik langsung oleh Soul Shadow. Terdapat juga gerai foto interaktif dan cabutan bertuah untuk kenangan yang lebih bermakna. WARNA All Day Dining menyediakan ruang yang selesa dengan kapasiti sehingga 180 tetamu dan diiktiraf Halal oleh JAKIM.
Promosi Penginapan Ramadan (Staycation)
Nikmati pengalaman Ramadan yang lengkap bermula dari RM268+ semalam (termasuk iftar untuk satu orang) atau RM366+ (termasuk iftar untuk dua orang). Kadar sahur khas juga tersedia pada harga RM30+ seorang.
Maklumat Tempahan
WhatsApp (Bufet): +6011 3148 2889
WhatsApp (Penginapan): +6011 3615 2889
Lokasi: Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Malaysia