Emirates Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina Bersama Penumpang Dari Malaysia Dengan Pengalaman Istimewa di Dalam Penerbangan
Emirates Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina Bersama Penumpang Dari Malaysia Dengan Pengalaman Istimewa di Dalam Penerbangan

Sempena sambutan Tahun Baru Cina Kuda, Emirates menandakan salah satu tempoh perjalanan paling sibuk di seluruh Asia Tenggara dengan tawaran pengalaman penumpang di atas kapal dan pandangan mendalam trend pelancongan ke dan dari Malaysia, Thailand dan Vietnam semasa musim cuti tersebut. Tahun Baru Cina kekal sebagai salah satu musim perjalanan yang paling penting di rantau ini, menggabungkan pertemuan keluarga dan aktiviti perlancongan ke destinasi antarabangsa.

Trend perjalanan Tahun Baru Cina di seluruh Asia Tenggara
Data tempahan Emirates sepanjang Februari 2026 menunjukkan skala dan kepelbagaian tujuan perjalanan Tahun Baru Cina merangkumi seluruh pasaran.
Data tempahan perjalanan Emirates untuk Februari 2026 menunjukkan bahawa perjalanan ke dan dari Malaysia semasa tempoh perayaan didorong oleh pertemuaan keluarga dan perjalanan riadah antarabangsa. Trafik masuk didahului oleh UK, UAE, Jerman dan AS, mencerminkan hubungan kukuh Malaysia dengan komuniti luar negara dan daya tarikannya sebagai destinasi percutian semasa Tahun Baru Cina.
Pelancong masuk kebanyakannya solo (61%) dan berpasangan (20%), dengan pelancong berkeluarga menyumbang 10%. Pelancong keluar dari Malaysia memanfaatkan tempoh perayaan untuk bercuti jarak jauh, dengan Dubai, Istanbul, Kaherah, London dan Paris antara destinasi utama. Profil pelancong keluar kekal tertumpu kepada pelancong solo (53%) dan berpasangan (21%), diikuti dengan pelancong berkumpulan (14%) dan pelancong berkeluarga (10%). Musim Tahun Baru Cina di Malaysia menjadi titik pelancaran untuk perjalanan antarabangsa, mengukuhkan kepentingan ketersambungan jarak jauh dan pilihan kabin premium semasa kemuncak musim percutian.

Pengalaman Penumpang di atas kapal Emirates sempena peryaan Tahun Baru Cina
Bagi meraikan Tahun Kuda, Emirates menawarkan pelbagai pengalaman penumpang kepada pelanggan yang melancong sepanjang tempoh Tahun Baru Cina, sama ada di darat mahupun di udara. Dari 17 hingga 19 Februari 2026, pelancong boleh menikmati hidangan panas dan pencuci mulut istimewa yang diinspirasikan oleh amalan dan hidangan tradisi Tahun Baru Cina di ruang istirehat Emirates terpilih di Dubai (DXB), Singapura (SIN), Bangkok (BKK), Beijing (PEK), Shanghai (PVG) dan Hong Kong (HKG).
Di udara, Emirates akan membawa kemeriahan dalam penerbangan ke pasaran utama Asia termasuk China, Taiwan, Singapura dan Malaysia antara 16 dan 20 Februari 2026, dengan pencuci mulut bertemakan Tahun Baru Cina dan angpao yang dihadiahkan kepada tetamu.
Pelanggan yang menaiki penerbangan Emirates antara Dubai dan Kuala Lumpur semasa tempoh Tahun Baru Cina boleh menikmati hidangan mewah di dalam pesawat merentasi semua kelas kabin. Pelanggan kabin premium akan dihidangkan kek mousse laici dan mawar dengan coklat putih, manakala pelancong Kelas Ekonomi boleh menikmati pencuci mulut sagu kelapa dan taro dengan manisan buah-buahan dan kacang merah. Di samping itu, angpao yang diisi syiling coklat akan dihadiahkan pada penerbangan terpilih.
Melengkapi makanan dan perkhidmatan, sistem hiburan dalam penerbangan Emirates ice juga menawarkan pengalaman pelanggan bertemakan Tahun Baru Cina. Di samping koleksi khas dalam bahasa Cina yang menampilkan judul seperti “Legend of the Condor Heroes: The Gallants”, pelanggan yang berlepas dari Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan filem, rancangan TV dan muzik dalam bahasa Melayu - membolehkan para penumpang menikmati cerita dan irama kegemaran mereka sepanjang perjalanan.
Menghubungkan Asia Tenggara dengan dunia sepanjang kemuncak musim perjalanan
Dengan rangkaian globalnya yang merangkumi enam benua, Emirates terus memainkan peranan penting dalam menghubungkan Asia Tenggara dengan destinasi antarabangsa utama semasa tempoh permintaan tinggi seperti Tahun Baru Cina.
Emirates di Malaysia
Emirates telah berkhidmat untuk Malaysia sejak tahun 1996, menawarkan sambungan global yang lancar dari Kuala Lumpur ke Dubai dan seterusnya. Syarikat penerbangan ini mengendalikan 21 penerbangan mingguan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Dubai, menggunakan pesawat Airbus A380 dan Boeing 777.
Kerjasama perkongsian kod di antara Malaysia Airlines dan Emirates membolehkan penumpang merancang perjalanan dengan sepenuhnya melalui Emirates dan berhubung ke 17 destinasi di seluruh Malaysia, semuanya dengan satu tiket.
Kerjasama perkongsian kod Emirates dengan Batik Air memberikan pelanggan akses mudah ke lima destinasi domestik (Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching) dan tiga titik serantau Asia Tenggara, melalui Kuala Lumpur. KLIA merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia yang mampu mengendalikan Airbus A380, dengan Emirates melancarkan perkhidmatan ikonik A380 ke Kuala Lumpur pada tahun 2012.
https://www.emirates.com/my/english/